Cucu yang ke - 20

Assalamualaikum dan hai semua orang.



Ding ding. Lets introduced the newborn in our family. Say hello to Siti Fahimah Zahra^^

She's the firstborn to paksu and maksu. Congratulation for both of them. Dapat baby girl yang comel. Secomel nama yang diberi. Juga cucu yang ke-20 untuk opah.


Kehadirannya pasti melengkapkan lagi hari² paksu dan maksu. Dah tak sunyi lagi la lepas ni. Hari² balik keje boleh main dengan baby. Heheheh. 



Semoga si comel ni akan membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang solehah kepada papa & mamanya. Bila dah besar nanti mesti chantek macam mamanya ^_______^


Mimiechan bersama si comel Zara. 



My little cousin. Cepat besar tau :)






Note:: Siti Fahimah Zahra, 28 October 2011, 2.01 AM






Picnic - Sg Gabai

Assalamualaikum dan hai semua orang.

Lately ni cuaca macam tak berapa nak mesra je dengan kita semua kan? Boleh dikatakn tiap² hari mesti hujan. Kejap panas, kejap mendung, kejap hujan. Bak kata pepatah, hujan rahmat. But lucky hujan selalunya belah petang je so belah pagi tu boleh la kalau nak buat aktiviti mandi manda dengan kawan² dekat sungai ke kan.

Picnic. Finally! :)


Seronok gila dapat naik Sg Gabai. Kepenatan menaiki anak² tangga yang entah berapa ratus tak terkira tu menjadi kepuasan bila kesejukan air sungai tu terasa. Sumpah best! Tapi siapa² yang kalau rasa tak larat nak naik sampai atas tu, dun worry kat bahagian bawah still boleh mandi. So jangan malu², datanglah ramai² kat Sg Gabai. *Ayat promote cam ai punya Sg Gabai pulak kan ^___________^



Sekian :)

Category: 0 comments

Big Day - My Convovation Day

Assalamualaikum dan hai semua orang.

Penantian selama 3 tahun kini berakhir dengan segulung ijazah di dalam genggaman. Finally, I'm officially graduate. Bergenang air mata bila ayah dan mak sama² berada dalam dewan untuk melihat dan berkongsi kejayaan anak mereka yang tak seberapa ni. Kegembiraan terpancar di muka semua orang pada hari konvokesyen tu. Tahniah diucapkan pada semua graduan KPTM yang terlibat masa Majlis Konvokesyen KPTM yang ke 28 pada 15 & 16 October baru² ni. Grrrr. Apasal giler skema ayat tuk entry kali ni. Ah, sila abaikan ye. Emotional jap tulis entry kali ni. 


#1- Nampak tak? Sumpah bangga bila dah grade. Tapi sorry quality agak kurang memuaskan. Maklumlah guna kamera phone je.  And berjota² lemon nak say thanks to Tieqa sebab bg bookmark tu. Ingat jugak kau kat aku kan. Thanks a lot :)

Alhadulillah, diploma sudah. Degree pula menyusul kemudian. InsyaAllah. Semoga Allah sentiasa memberi yang terbaik kepada hambaNYA yang inginkan kejayaan yang terbaik di dunia mahupun di akhirat, Amin.


#2- Ni yang paling mahal ni. Honestly said, time konvo hari tu first time dapat bunga and bebear dari ayah. Sumpah suka. Tak sangka pandai jugak ayah bagi bunga semua tu. Mak, jangan jeles eh. Hahah. *Jahat. And thanks jugak buat family Mimiechan sebab sudi bagi gift. Terharu. Kalau macam ni, hari² pon nak convo boleh tak? Leh dapat bunga and bebear banyak² :D




#3- Ni pulak antara sahabat susah senang time Diploma. Terima kasih untuk persahabatan yang sangat tulus dari korang. Semoga kita akan teruskan persahabatan ni sampai bila². Kata nak sambung Degree sama² kan? :)


Entry kali ni tak banyak gambar. maklumlah semua gambar kat kamera mahal TeareMond. Nanti kalau dah dapat gambar² convo tu, akan ada update part 2 pulak okay. Sabar. Sekian.




Category: 7 comments