Jasa ayah dikenang. Happy Father's Day

Assalamualailum & Hai semoranggg.

Sempena hari bapa pada hari ni, ai nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Happy Father's Day to all fathers out there. And to my father, En. Mat Jusoh B. Mat Ali, I'm wishing you happy father's day too. I love you Ayah!

There's nothing I could give you as present for this year. Maklumlah anakmu ni penganggur tegar sekarang ni so takde duit nak beli hadiah. *Sedih je kan bunyi nye =.=".
Tapi sebagai seorang ayah, ai tahu bukan hadiah yang diharapkan dari anak. Apa yang diharapkan oleh seorang ayah ialah kasih sayang dari seorang anak dan juga melihat kejayaan anak suatu hari nanti. Betul tak? ^_____^

Jasa dan pengorbanan ayah selama hampir 21 tahun membesarkan ai amat ai hargai. Walau sesusah mana pon masa yang pernah dihadapai dan dilalui untuk membesarkan ai, sikit pon ayah tak pernah mengeluh dan terus berusaha membesarkan ai dengan kasih sayang dan ilmu yang cukup. Terasa diri amat bertuah kerana memiliki ayah sepertinya. Walau terkadang tanpa sedari ai melukakan hati ayah, tapi tak terniat sebagai seorang anak untuk melukakan hatinya.

Walaupon antara mak dan ayah, ai lebih rapat dengan mak, tapi jauh di hati ai, kasih sayang ai buat mak dan ayah adalah sama. Mereka adalah antara yang teristimewa buat ai.


Semalam sempat makan malam bersama keluarga tersayang di Satay Station.
Ayah belanje :D


Category: 0 comments

[Holiday] Cameron Highland Part 1

Assalamualaikum semorangggg.

Sebut pasal Cameron Highlands, serious ai cakap yang ai dah fall in love dengannya. Ai suka suka dan akan terus sukakan Cameron Highlands. Nanti kalau dah kawin nak honeymoon kat sana jela. Ngeeee *Calon pon takde lagi nak cakap pasal kawin. :D

Selama 3 hari ai kat sana, terasa macam ada kat overseas. Kat negara² yang sejuk² tu. *Berangan je lebih kan :D

Kali ni agak happening sikit holiday ai sebabnye semua best friend ai dapat join sekali tuk holiday ni. Seronok sangat. Ai memang suka pergi holiday dengan diorang. Terbaikkkk.
Banyak tempat² yang menarik sebenarnya yang ada dekat Cameron Highlands. Ai rasa semua pon tau kan tempat apa yang best kat sana.

Antaranye of cose la ladang strawberry. Ada tempat yang kita leh petik strawberry sendiri kan. Ouh tu yang sangat best.

Next is ladang teh for sure. Hijau je pemandangan kat ladang teh. Heaven sangat rasanye. Dah la angin bertiup sepoi². Terasa angin yang sangat sejuk. And masa dekat ladang teh tu, sempat jugak ai sambut birthday dua orang kawan ai. Walaupon tak seberapa hope u alls suka la. heeeee. Actually birthday diorang lambat lagi but ai dan MimieChan saje je nak sambut awal. Dah alang² bercuti kat Cameron baik terus sambut sekali kan. Baru best sikit.



From left : Teha & Ct (Happy birthday in advance korang)
From Right : Mimie and Khaty 


Sejuk²  heaven jugak rasanye kalau dapat minum teh panas²  kan? Masa dekat Cameron, ai sempat la jugak merasa teh yang segar dari Cameron. Ai singgah dekat Cameron Bharatt tuk rasa kesegaran teh sambil menikmati pemandangan ladang teh. Gila terbaikkk tu ^_____^


Layan teh berperisa blackcurrant. Sedap weyhhhh ^___^


Cactus pon sangat femes kat sana. Kitorang sempat jugak melawat tempat² yang ada cactus. Ai sangat batak sebab ada banyak sangat cactus.  Tersusun chantek je. Lepas tu ada yang besar² cactusnye. Rasa nak bawak balik je tapi apa kan daya tak pandai nak jaga. Hahahaha.



Pergi Cameron tak sah la kan kalau tak borong starwberry and teh bawak balik rumah. Hish time kat sana, memang rambang mata ai tengok buah strawberry yang besar². Rasa nak beli semua bawak balik rumah je. Tapi itu semua nafsu so kita tak leh ikutkan sangat nafsu kita tu. Beli ala kadar je sudah la kan ^_______^


Untuk posting part 1 ni, tak banyak gambar yang ai akan upload kan. Ai upload gambar dari handphone ai je sebab kebanyakkan gambar gune camera mahal kawan ai. *Bila la ai nak beli DSLR T_________T


Nanti on next posting part 2, insyaAllah ai akan upload semua gambar yang best² dari kamera kawan ai tu. Tunggu okayyyy :D

I'm Back

Assalamualaikum dan Hai semua orang.


Hai hai hai. Its been very long time ai tak update blog ni. Bagi peluang untuk blog ni bersawang² and berdebu² kejap. Hahahah. Entah tak tau kenapa since my last post, mood untuk ber-blogging hilang tinggalkan ai. Rasa teramat² malas untuk hupdate. Sobsob. Ni pon ai gigihkan diri untuk menaip satu persatu huruf yang ada dekat keyboard ni. Semoga kekuatan dan semangat bersabar sehingga ai habis menaip apa yang ai nak update ^______^

Ermmm. Actually nothing much yang ai nak update tuk posting kali ni. Just nak bersih²kan sawang yang ada dengan posting baru je. Heeee.

Ouh ya, sekarang ni dengan bangganye ai nak bgtau semorangg yang ai sedang jadi penganggur terhormat dekat rumah ai sendiri. Maklumlah ai sekarang dah bergelar lepasan Diploma. Oh, bunyi cam bagus dan best kan? *Mesti ada yg jeles. Hakikatnye tidak langsung. Rasa sangat tak best bergelar penganggur terhormat walaupon sangat dihormati. Hahaha.

Hey, ada ke company² kat luar sana yang sudi nak hire ai. Please la hire ai. ai sangat berdedikasi dan committed dgn kerja. I'll give my 101% kalau ada yg sudi hire ai. Hahaha. *Berangan jela kan ada org nak offer ai keje kan. sobsob T___T

Bukan senang nak dapat keje. Kena go through interview la apa la. But at last takde apa² respon. Huwaaaa. Tapi ai tak akan mengeluh dan give up macam tu aje. Ai kan bersemangat waja so akan berusaha lebih lagi untuk cari sumber pendapatan ai sendiri. Ai berpegang pada satu je;

" Pasti ada rezeki dimana mana saje. Bumi Allah ni luas. InsyaAllah

Semoga semangat waja ai ni akan bertahan sampai ai dapat keje. InsyaAllah. Pray for me everyone ^___^

Sebelum akhiri posting yang tak seberapa ni, mesti la wajib kalo ada gambar latest ai kan? Jgn saket mata ye kalau tengok. Wahahaha



Jusco Seremban 2. Movie Karak with dearie MimieChan.

Note:: Can't wait for the vacation. Semoga memori indah tercipta lagi ^___^


Category: 9 comments