Muka yang nipis perlu ditebalkan

Assalamualaikum semua

Jawab jangan tak jawab salam tu. Ngeee ~

Sebelum tu, tadi sebelum keluar rumah tetiba je rasa nak tengok lesen memandu ai. Sekali... tengok punye tengok, mata terbeliak dengan tetiba. Mata terbeliak bukan sebab gambar ai dalam lesen tu comel sangat tapi sebab LESEN DAH TAMAT TEMPOH. Oh tidakkk! Rasa nak tercabut je jantung ni. Yela mana taknye, rupenye lesen ai tu dah tamat tempoh 21 Feb 2011 yang lepas. Bayangkanlah dah berapa hari ai bawak kereta tanpa lesen yang bernyawa. Miahahaa. Dah la malam semalam masa ai nak balik dari kerja banyak giler roadblock. Nasib tak kena tahan ke apa ke malam semalam. Kalau malam semalam kena tahan and polis nak tengok lesen ke kan, mau mati ai terketar² nak bagi jawapan kat polis tu. Syukur gilerr semalam tak kena pape. Mom ai dah bising² suruh pegi renew lesen esok. So esok nak tak nak ai kena la curi masa jap time lunch tuk pegi post office and renew lesen ai. Kalau tak, memang saje je la ai nak cari pasal dengan incik polis kan

Okay, back to the main point and main story. Semalam company ai ade buat satu event kat Tesco Semenyih tuk tarik orang lebih² lagi pelajar lepasan SPM supaya join kursus ICT. Bunyi cam best je kan ' EVENT '. Tapi yang macam ta bestnye, semalam patutnye ai cuti tapi terpaksa kerja pulak. Hadoi. Rosak plan. Hurmm.

Dah kata tujuan utama nak tarik orang supaya join kursus ICT tu kan so kat Tesco tu kitorang kena edar flyers and dalam masa yang sama explain sikit² kursus apa yang kitorang tawarkan. Sebenarnye sakit jugak hati nak edar flyers tu sebabnye tak semua akan bagi respon yang agak menyenangkan hati. Ada sesetengah tu, belum kita nak hulur flyers or bukak mulut nak explain dorang dah tunjuk 'TALK TO MY HAND' or dalam erti kata lain, tunjuk tangan and maksudnye tak berminat. Hish, kureng asam betul kan. And tetiba terlintas dalam fikiran,

" Oh! ni la yang selalu aku buat jugak kalau ada orang nak bg flyers or explain something pasal produk dorang. Now aku pulak yang kena balik situasi sama.

Muka yang nipis ni terpaksa ditebalkan untuk edar semua flyers² yang ada. Tak sukanyeeeee. Dah la kaki rasa nak tercabut sebab kena berdiri lama. Pastu dapat pulak respon yang tah pape, respon yang tak best. Rasa cam buang masa je. Hurmmm but what to do kan. Just layan kan jela. *Sigh

Susahnye nak dapatkan orang. Semua main lari-lari. Hadoiii

Bosan² tu bergambar la kejap kan. Hahaha







Happy Belated Birthday to Along Mimie yang menyambut birthday nye semalam 








Category: 6 comments

Come and join FaceBlog now

Salam everyone Happy


Hye cinta hati saya. ngeeee . gedix jap. Before start with my new entry, just wanna wish to my chenta hati, Happy 9 month anniversary. Although hari bersejarah tu dah berlalu 2 hari lepas (20 February 2011), tapi masih tak terlambat rasanye if ai nak update pasal tu kan ? Love Struck

To my chenta hati, hubungan kita dah masuk 9 bulan . Harap hubungan ni tiada penghujungnye. Biarlah hanya mati yang memisahkan kita . From deep of my heart ,

I LOVE YOU SO MUCH . *thanks for the chocolate Kiss

Okay, enough untuk entry yang sangat jiwang itu . ngeee Big Grin
Actually , tadi time ai blogwalking , ai ada singgah kejap dekat blog one of my follower , Tiqha , then ai baca la entry dye yang terbaru . Entry dia yang terbaru is about FaceBlog . Sebenarnye ai pernah dengar pasal FaceBlog sebelum ni tapi tak pernah terfikir pon nak join tapi lepas baca enrty dekat blog Tiqha pasal FaceBlog tu terus ai macam berminat nak join . Apa lagi ai pon terus la join . Tapi if korang nak join , korang kena baca dulu apa yang patut korang kena buat sebelum korang join . If korang nak tau labih lanjut pasal FaceBlog ni , korang boleh la klik dekat gambar FaceBlog bawah ni .



TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Jom ramai-ramai join FaceBlog . ngeeee ~




Category: 2 comments

Super Duper High

Salam everyone Winking
Wheee . Penat mendaki masih terasa . Kaki terasa nak tercabut . Hanya Allah tahu betapa nak tercabut nyawa ai masa tu .
BROGA HILL ~ Itu semua kerananye .

DSC01825


Sebelum² ni ai memang tak pernah daki mana² bukit sebab tu la salah satu dari impian ai ialah untuk cuba mendaki mana² bukit . ngeeee Big Grin Impian untuk mendaki Broga Hill akhirnya tercapai pada hari Sabtu yang lepas (12 February 2011) .
Ai dengan gigih bersama²
MimiChan telah keluar dari rumah pada pukul 7am dan terus ke Setiawangsa untuk mengambil Amira Najwa dan kawannye . Lepas tu , apa lagi terus la menuju ke Broga Hill .


DSC01857

Dalam hati berkobar² nak sampai puncak . Tapi sebelum sampai puncak tu , Allah je yang tau betapa lemahnye ai . Rasa nak tercabut semua anggota badan ni . Lebih² lagi kaki ai ni . Masa yang diambil untuk sampai puncak Broga lebih kurang setengah jam or paling lama satu jam . Tapi ai nak sampai ke puncak tu memang nak dekat 2 jam la . Tapi thanks to MimieChan sebab sudi teman ai naik perlahan² . Serious banyak kali ai berhenti rehat sebab tak larat sangat . 



Sempat bergambar time berhenti rehat . Mula² gelak la . lama² menangis nak balik . *malu je 


And jujurnya , ai memang dah tak kuat and dah hampir putus asa untuk naik sampai ke puncak masa tu .
Sampaikan air mata ni meleleh keluar tiba² . Dalam erti kata lain ai menangis . Big Grin *malu*


Maunye tak menangis penat gilerrr kot . Tapi disebabkan MimieChan, ai gagahkan diri tuk teman dia sampai puncak . Tapi malangnye ai tak dapat jugak temankan dia sampai puncak . Ai betul² dah tak larat . Sorry Mimie Sad



DSC01809

DSC01791
Hanya sampai buaian ni je ai mampu daki . Yang len daki sampai ke puncak . Syabas guys Winking

Apa² pon , ai bangga dengan diri sendiri sebab walaupon ai tak naik sampai puncak , tp atleast ai dah berjaya sampai ke Broga Hill . If I got second chance to go again , ai akan pastikan ai naik sampai ke puncak . Jom pergi lagi nak tak MimieChan , Amira Najwa and Syahidah ? Big Grin
DSC01838
Sweet memories 2011 ; @ Broga Hill

 





Agak agak boleh kurus tak ? ngeee ~


Category: 4 comments

Saya nak kurus

Grrrr . Bila mau kurus ni ? Ai nak kurus dengan kadar segera . Boleh tak ? Boleh tak ? Kan best kalau just cakap je terus boleh kurus . Tapi berangan jela kan Sad
Tapi pape pon ai tak kisah , ai akan tetap gigih menguruskan badan ai yang makin membesar macam belon ni Big Grin
Dengan semangat yang tinggi menggunung , tadi ai and MimieChan pegi Tasik Permaisuri . This time kitorang tak jogg , kitorang main badminton pulak . Dah lama rasanye ai tak hayunkan tangan tuk main badminton . Last ai main badminton time ai semester 3 kot . Sekarang ni ai dah semester 6 so maknanye dah hampir setahun tak main . Lepas main tadi , rasanye la jugak tangan ni tetiba je jadi lembik semacam . Shaking pulak tu . Tu la nampak sangat kan jarang exercise semua Big Grin
Pape pon jom la layan picture yang sempat ai snap tadi . Heheh


Clicky Time
DSC01409
Muka yang semakin membesar . Dalam erti kata lain makin tembam Sad
DSC01410
MimieChan yang cepat pancit bila main badminton . Tapi ai tabik dengan dye sebab bila jogg dye tak cepat pancit . Ai pulak yang cepat pancit time joggg . ngeee ~
DSC01414 Nanti ada masa kita main badminton lagi okey ? Saya tak mau jogg Tongue
DSC01417
DSC01419
Lepas main badminton dua² bantainye makan tak hengat . Kalau cam tu lambat la nak kurus . Betul tak ? Tapi tak leh nak mengelak la . Tergoda dengan makan yang dijual kat situ . So akhirnye beli jugaklah kitorang . Big Grin



Hurmm. Bosannye kena keje esok ~

Category: 4 comments

S2 City Park, Seremban

Semalam 5 Feb 2011 , walaupon dah nak dekat pukul 7pm , ai , MimieChan, and sis Farah Shamira bersama² si kecil Farhan tetap gigih ke Seremban 2 City Park . Saje je pergi sana bawak si kecik Farhan tu jalan² . Tukar angin la pulak sebabnye dah selalu bawak pergi Lake Garden , Seremban . Plus ai teringin sangat nak pergi Seremban 2 City Park tu . Winking
Bila sampai kat Seremban 2 City Park , ai cam jakon sikit la . Maklumla first time sampai kat situ kan . Tp sumpah best . Yang paling best kat situ boleh main layang² . Ai geram tengok layang² yang besar . Rasa nak beli pastu main je tp sayangnye dah nak dekat maghrib so niat ai tu terpaksa dibatalkan . Takpela next time boleh kan ? hehehe . Nothing much to said about it . Just one , BEST SANGAT ! Love Struck

Clicky Time
DSC01381
Dari Kiri : Sis Mira , Si kecik Farhan and me Happy
DSC01387
Kat dalam air bawah titian ni banyak gilerr ikan . Orang² yang datang boleh beli roti yang dijual kat situ and bagi makan kat ikan tu . Besar² ikannye
DSC01388
DSC01393
Can you see it ? Banyak and besar² kan ? Happy
DSC01392
I love this picture very much . We look gorgeous . *Nak termuntah puji diri sendiri . Hahaha Big Grin
DSC01399
Ala tak pandang camera pulak si kecik ni Happy
DSC01405
Lastly time nak balik . Bergambar kat entrance . S2 City Park the best ! Winking



Category: 0 comments