Thursday, 7 July 2011

[Holiday] Cameron Highland Part 2

Assalamualaikum dan hai semua orang.

First sekali nak mintak maaf sebab posting kali ni akan lebih banyak gambar daripada perkataan. Biasalah, photos describe everything rite?
Keduanya, ai nak minta maaf sebab lambat update pasal holiday ai kat Cameron walaupon sebenarnya ai dah dapat dah semua salinan gambar dari kawan ai. Sebabnye, sekarang ni ai bukan lagi penganggur terhormat yang macam ai cakap dulu. Sekarang ni ai dah berkejaya. *Bangga nak mati je kan ^____________^

So paham² je la kan. Orang yang berkejaya ni busy sikit. Even kerja ai tu tak teruk mana, tapi kalau dah balik je dari keje tu, tak sah kalau ai tak cari tilam dan bantal dulu. So, bila dah dapat tilam and bantal, apa lagi tidur la jawabnye kan. Hari ni sebabkan ai cuti half day, so ai cepat² kumpul kekuatan dan semangat tuk update pasal holiday part 2.

Tapi maaf sebab posting kali ni akan bersepah dengan gambar berbanding tulisan. Maklumlah, bak kata peribahasa mat salleh, photos describe everything ^________________^

Let's enjoy my moments in Cameron Highland with them :D



#1 - Mata birthday girl ditutup rapat supaya tak dapat tengok surprise yang dibuat.



#2 - Sempat ambil gambar diorang walaupon mata ditutup. Chantek je gambar diorang. Jeles ai ^_____^


#3 - Bila ikatan mata dah dibukak, tadaaaaa. Happy birtday to you. Happy birthday to you. lalaaaa 



#4 - Biarkan mereka bergambar dengan kek yang tak seberapa dari ai and MimieChan. To dearie friends, sorry itu saje yang dapat kitorang sediakan. Kek pulak tu dah senget benget sbb dah cair. Lama sangat perjalanan ke Cameron. Hope kalian tak kisah.









#5 - Itu saje lah hadiah yang dapat kitorang bagi. Maaf kalau hadiah kami tu tak seberapa. =________=


#6 - Terima kasih abang camera man yang sudi amikkan gambar kitorang. Kalau tak tak de la gambar kami berempat sebabnye, kalau kami nak bergambar berempat, siapa yang nak amikkan gambar kitorang kan? :D





#7 - Posing yang sama dari kami. Sweet je. Benda alah riben yang warna merah tu sebenarnya kitorang jumpa. Belek punya belek macam chantek je so kitorang jadikan la sebagai prop kitorang. Heeeeee.










Okay selesai sudah bercerita mengenai kisah percutian ai yang dekat hampir nak basi tu. Heeeee. Sekarang ni jom masuk cerita terbaru pasal ai. Alhamdulillah ai dah dapat kerja baru. Bukan tak bersyukur dengan kerja ai yang sebelum ni, tapi keinginan untuk bergaji lebih tu selalu menghantui ai so ai ambil keputusan cari kerja lain. Dan alhamdulillah dengan sekali interview je ai dah diterima bekerja sebagai promoter Aeon credit card di Jusco MidValley. Gaji kali ni  best sikit la sebabnye gaji basic je yang dah memang dalamm tangan pon dah ceceh ribu. Kalau rezeki ai murah dapat buat banyak sales, insyaAllah gaji ai pon akan banyak lagi la. Hope ai akan sentiasa bersemangat dengan kerja yang ai buat.  Aja aja Khaty. Nak kumpul duit banyak² tuk sambung degree. Tak nak menyusahkan mak ayah. Kalau boleh tak mau gune duit diorang. Nak sambung study dengan hasil duit titik peluh sendiri. Cewahhhh  ^____________________^

0 comments:

Post a Comment