Monday, 21 March 2011

Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2011

Assalamualaikum & Hai


Ya. 3rd Hot Air Balloon Fiesta 2011 dah pon tamat semalam. Sehari sebelum tamatnye fiesta tu, ai and 3 org lagi kawan ai sempat merasa kehangatan Hot Air Balloon Fiesta 2011 yang berlangsung di perkarangan Percint 2, Putrajaya. *Nasib baik hari Sabtu tu kitorang cuti* ngeee



Festival tu berlangsung dengan gah sekali. Suasana kat sana pon sangat awesome. Kami sangat berkobar² nak pergi frstival ni. 2 hari sebelum pergi festival ni, ai and my friend dah siap sedia beli prop² yang nak digunakan tuk bergambar. Semangat habis kan kitorang? heee. Yela ni la masanye nak bergambar chantek² kan. So kenala ada sedikit prop untuk chantekkan gambar kami tu lagi. *comel je kan kami

Ai pergi dengan diorang ni la. Thanks MimieChan, TeareMond and GitaDaleun sebab menceriakan lagi hari² ai. Dah lama kita tak hang out sama² kan walaupon satu tempat practical. Eh, tengok la prop yang kami bawak tu. Tak tahan kan? kan? heeee


Actually ni kali kedua ai pergi Hot Air Balloon Fiesta. Kali pertama ai pergi last year. So far apa yang ai boleh katakan, festival ni sangat² la menarik. Tarikan festival ni dah tentu lah belon kan. If korang pergi, korang dapat tengok bermacam² jenis belon dengan pelbagai rupa bentuk . Comel tau . heeeee.
Tapi yang tak bestnye, kalau cuaca tak berapa nak okay, belon² tu takkan naik ke udara. Tu yang tak bestnye. Macam masa hari yang ai pergi tu, dalam pukul 3 macam tu dah start hujan. Ai takut je belon² tu tak naik sampaikan ai dengan kawan² ai dah macam nak balik je. tak nak tunggu lagi. Tapi sebelum balik tu, kitorang ada la singgah dekat PICC kejap. Konon2 nak survey macam mana la rupa dan tempat  kitorang konvo nanti. Maklumla setiap tahun konvokesyen kolej ai akan buat di PICC tu.
Dalam duk survey kawasan PICC tu, tiba² one of my friend perasaan yang ada 2,3 belon yang dah naik ke udara. Uish apa lagi, semua mata pon tertumpu kat belon2 tu. Yeayyyy! belon dah naik. Tapi sayangnye tak dapat tengok dengan jelas disebabkan kabus. Tapi takpela. Terus gigh tengok belon2 tu dengan harapan belon2 tu akan lalu depan kami. heeee.
Harapan tinggi menggunung tu tercapai sikit sebabnye belon² tu terbang sampai ke kawasan PICC tu walaupon tak lalu depan kami.. Sempat la jugak snap gambar belon² tu. *Seronok


Sebenarnye entri kali ni ai tak dapat nak uploadkan semua gambar sebabnye sesi bergambar semua menggunakan kamera DSLR kawan ai. So nnt bila dah dapat gambar dr kawan ai tu, ai akan uploadkan ye. Gambar yang ai akan upload ni semua dari handphone ai yang tak seberapa. So qualitinya tak sama macam ambil gambar guna DSLR ye. Harap maklum. =_=


#1 - Begambar dalam kereta sementara tunggu kawan ai TeareMond | #2 - Muka ai yang ta comel kunun² terkejut| #3 - Muka MimieChan yang nampak tak sabar nak ke pesta belon.heeee

Ada style la MimieChan! ngeee


Menggunakan prop² yang ada. Berguna jugak ye. Boleh la menchantekkan lagi gambar² kitorang. ngeeee~
Akhirnya dapat pon kita hang out sesama kan? Rasanye dah lama sangat kita tak hangout sesama. Dulu time belajar kat kolej kita selalu ada banyak masa tuk keluar sesama kan even kita ada banyak assignment, final exam dah nak dekat tapi semua tu tak jadi penghalang tuk kita keluar sesama. Tapi sekarang ni bila practical, kita jarang ada masa nak keluar sesama. Busy dengan kerja je. =_=
Oh, serious tiba² saya rindu zaman kolej kita. Saya masih ingat lagi, dulu kalau ada gap yang panjang je kita selalu lepak², ber-gossip tak kira masa. Dalam kelas time lecturer tgh mengajar pon kita sempat ber-gossip. Saya rindu. saya rindu T_T


Heh, last but not least mestila kena ada gambar ai yang ala² gedik tu kan. Actually gambar ni ai tak plan pon nak posing se-gedix ni. Secara tiba² je boleh terposing cam ni. Alasan je kan. Pape pon jangan saket hati dengan gambar ai ye. heeee






Nanti lepas dapat gambar dari kamera DSLR kawan ai, ai akan upload semua gambar tu. So sabar sikit je lagi eh.heee. Btw, to dearie friends, thanks sebab sudi luangkan masa bersama dan menceriakan lagi hari saya. Love u all :)







2 comments:

  1. bestnye.. x dpt pegi pun.. next time lah. :)

    ReplyDelete
  2. fuyoooooooooooo meriah u all kan kan

    ReplyDelete