Sorry awak ;(

Air mata tak henti² mengalir . Tapi mungkin ada yang akan cakap ,

ah buat apa kau nangis ? salah kau sendiri kan ?

Saya admit memang salah saya . Saya tau saya dah kecewakan seseorang . Saya tipu awak . Saya tak ceritakan hal yang sebenar . Tapi awak , saya takut nak bgtau hal yang sebenar kat awak . Saya takut bila saya bagitau hal yang sebenarnye , end up akan jadi something yang tak okay . Saya tak nak jadi cam tu awak . Tapi semua yang saya takutkan tu dah terjadi sekarang Sad

Kerana kebodohan saya sendiri , awak semakin membenci saya . Kepercayaan awak terhadap saya juga dah terhakis . Awak kata awak dah tersalah langkah dan menyesal . Apakah maksud awak ? Awak menyesal ke kenal dengan saya ? Awak menyesal ke pernah kawan dengan saya ? Awak menyesal ke pernah ada rasa sayang terhadap saya ? Awak menyesal ke dengan semua tu ? Sad

Saya tau awak terlalu kecewa dengan saya . Tapi awak , tolonglah jangan terburu² dalam membuat keputusan . Janganlah pergi jauh dari saya sebab saya masih perlukan awak . Dan sampai bila² pon saya perlukan awak . Rasa kasih saya pada awak takkan pernah berkurang walau sikit pon . Janganlah menghukum saya dengan cara macam ni awak . Sad

Saya minta maaf sangat pada awak . Saya tau , munkin awak akan cakap untuk lafazkan maaf sangat mudah , tp saya jugak tau untuk memaafkan saya mesti awak rasa susah kan ? Tapi awak , saya harap sangat awak dapat maafkan saya dan janganla benci saya mcm ni sekali . Sad

Hina sangat ke saya dimata awak sekarang ni ? Benci sangat ke awak pada saya sekarang ni ? Masih ada ke rasa kasih awak pada saya ? Masih ada lagi ke saya di hati awak ? Dah rasa bagai nak giler bila semua ni jadi . Semua salah saya .

Saya BODOH . Saya BODOH . Saya BODOH sebab dah buat awak kecewa .

Tapi walau sebenci mana pon awak pada saya , sehina mana pon saya di mata awak , saya nak awak tau , perasaan saya pada awak takkan pernah berubah . Takkan pernah hilang . Di saat ni , saya masih berharap awak dapat maafkan saya . Saya harap masih ada lagi ruang untuk saya di hati awak . Dan saya jugak harap awak dapat beri peluang pada saya tuk betulkan kesilapan saya pada awak . Sad


Maafkanlah saya dan berilah saya peluang tuk betulkan kesilapan saya .


Category: 4 comments

New layout best ♥

Phewww , almost sejam gagahkan diri tuk cari new layout yang cute² tuk blog kesayangan ni akhirnye jumpa jugak . Sangat berpuas hati dengan layout baru ni . Saya ulang ye , SANGAT BERPUAS HATI Batting Eyelashes

Actually , niat tuk tukar layout dah lama ada cuma semangat tuk menukarnye belum sampai lagi . Tapi semangat tetiba muncul lepas cik MimieChan tukar layout belog beliau . Bukan niat tuk berlawan² belog sape lagi chantek ye cuma semangat beliau tetiba sampai kat ai so dengan adanye semangat beliau la belog ni akhirnye bertukar wajah . hehehe .

Nak kata belog ni banyak berubah tu ada lah sikit² . Antara yang paling ketara berubah is my blog’s name .

Untitled

Okay , cuba tengok kat header ai tu , kat bhg yang dibulatkan tu . Dahulunye Life…Laugh…Love Tapi sekarang …

header 2

Sekarang dah berubah menjadi Story Of A Little Girl .
Sebelum 2010 melabuhkan tirai , biarlah ai buat perubahan pada belog ni . Ai harap dengan berubahnye menjadi Story Of A Little Girl , belog ni akan mencoretkan lebih banyak kisah² yang manis berbanding dulu yang hanya banyak mencoretkan kisah² yang tak menggembirakan .

Pssst , korang tak perasan ke cara ai bahasakan diri dah berubah ? ngeeee Batting Eyelashes Saje je gedik² nak tukar jadi ‘ai’ . Bujet bagusla kononnye kan budak ni nak ai ai bagai . Tapi ada ku kesah ? hahaha Tongue

Dah takmo story panjang lebar lagi . Nnt ada yang menyampah pulak . miahaha . till we meet again . Bye Bye Winking

Category: 8 comments

Review Hantu Kak Limah Balik Rumah dan KLCC

Sunday, 19 December 2010, 06.46pm

Salam satu Malaysia pada semua . ngeee ~

Grrr . sakitnye bibir . Berdarah pulak . Bibirku kering . I need something . Seems like kena minum air banyak² ni . LOL
But its okay . Just a small matter je tu . Tak lama lagi mesti okay la tu kan . ngeee Winking

Jom kita move on dgn cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah . Ada apa la dengan cerita tu kan sampai aku nak sangaattt tengok filem tu kan . Best sangat ke kan ? Adehhh , sengal je pulak rasa ~
Tak kesah la apa² pon aku dah pon tengok citer tu last Friday kat KLCC . Jom kita review sikit pasal citer tu Happy

REVIEW

hantu_kak_limah

“Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.
Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya?
Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Kalau nak tahu jawapan , jemputlah ke pawagam yang berdekatan . Hahahaha
Okay , sejujurnya aku rasa filem HKLBR ni belum cukup lawak tuk buatkan aku gelak terbahak² dalam pawagam . Tapi bukannye maksud aku cerita ni tak best it just cerita ni belum cukup tuk buat aku gelak terbahak² . Tapi apa pon cerita ni best . Boleh la kalau you guys nak layan tuk hilangkan stress ke kan . Dalam cerita ni ada la beberapa part yang aku suka . Contohnye , adegan time orang² kampung lari sebab terserempak dengan hantu kak limah . Kenapa aku cakap adegan ni menarik sebabnye dalam adegan lari tu Mamat Khalid dah tambah camere angle yg amat menarik buatkan adegan tu nampak kelakar . Nak² lagi time pak uda lari . hahahaa .

Clicky Time

DSC01106 copy

Si kaki wayang jugak . Asal tengok wayang je , confirm akan pegi bersama MimieChan Cool

DSC01115 copy

Gambar sebelum masuk hall . Credit to Amira Najwa sebab sudi ambilkan gambar kami berdua .

3D2N in Penang

Tuesday, 14 December 2010, 01.38pm

Hello readers Winking

Penat balik dari Penang pon tak hilang lagi sebenarnye . Tapi tetap gigih nak update blog . ngeee . 3D2N in Penang was awesome . But yet seriously sangat penat sebab tak pernah rasanye aku memandu jauh beratus ratus batu kilometer tuk sampai kat Penang Sad
Kan best kalau pergi naik flight . Takdela aku kena drive jauh² cam tu sekali Big Grin

Jom tengok sikit apa aktiviti yang aku buat sepanjang kat Penang . Actually bagi aku , kat Penang tu takde apa² sangat . Bosan je rasa . Sampai² je kat Penang aku dah rasa macam nak balik KL je . Gilerrr bosan weyh kat sana . Me and family pergi Penang sebenarnye semata² tuk makan pasembor sahaje . Saya repeat , PASEMBOR sahaje ye . Ni semua sebab my granny teringin sangat nak makan pasembor Penang . Mengidam katanye . So kami pon bawa la nenek ke Penang . Happy

Day 1

Disebabkan terlampau penat drive , sampai² je kat hotel , lepas dah mandi and makan , me terus rehat²kan badan . Tak larat nak pergi jalan² lagi . So disebabkan kepenatan , on the 1st day takde buat apa² aktiviti pon . Just duduk relax² kat bilik .

Day 2

On the 2nd day baru la ada aktiviti sikit . Winking
Pagi² lagi dah lepak² kat Pantai Batu Feringhi . Tengok cousin² mandi and main pasir . Me pon join jugak Big Grin

DSC01032

Me and my cousin (Fatin ) . Malas nak mandi so main air jela Laughing

DSC01034

My lil cousin , Fatin & Aliaa .

Posing ala² model

DSC01046

Hahah . saya sangat bujet . Ingat diri model Rolling on the floor

DSC01040

Cousin , Aiman . Pon bujet cam model Tongue

DSC01042

Lagi sorang cousin , Fatin yang bujet cam model jugak . miahaha

DSC01035

Ni la model sebenarnye yang dicari . Hahahaha

Mula² ingat kat pantai tu takde aktiviti yang boleh buat tapi rupanye banyak aktiviti yang disediakan tuk para pengunjung . Tapi harap maklum je la . Semua aktiviti tu berbayar la Big Grin
Tengah best duduk² atas pasir tengok cousin² mandi , tetiba nampak kuda lalu . Ada orang tengah tunggang kuda tu . Than , orang tu tanya ;

“ Dek , nak naik kuda ?

Me and my cousin pon tanya la balik ;

“ Kalau nak naik berapa kena bayar ?

Orang tu cakap ride satu kuda RM20 . Kitorang terkejut . Dalam hati ‘ Eh , murahnya ?

So me and my cousin pon on je la . Batting Eyelashes

DSC01039 copy

DSC01052

DSC01054

Lepas dah merasa naik kuda , kami semua pon kehilangan idea . Tak tau nak buat apa dah . Tapi tetiba my cousin , si Aiman tu suruh my lil cousin tanam dye dalam pasir . Macam best je main tanam² . So my lil cousin pon semua start la tanam si Aiman tu .

DSC01056 My lil cousin yang gigih tanam si Aiman tu dalam pasir Big Grin

DSC01059

Ni la hasilnye . Ha , kau duduk la dalam pasir tu . Kami nak balik dah Tongue

Lepas dah puas kat pantai Batu Feringhi , kami siap² tuk ke Komtar pulak . Kat Komtar kitorang tak buat apa² sangat . Just jalan² kat dalam Fort Cornwallis . Tengok sejarah² Pulau Pinang .
Kat Fort Cornwallis tu cam biasa la kitorang bergambar tak hengat punyerrrr Batting Eyelashes

Clicky Time

DSC01063

Ni la sebahagian keluarga kecil ku . Kami bergambar di pintu masuk Fort Cornwallis .

From right : Me , mother , granny and auntie .
Center – left : Cousin , cousin & cousin

DSC01085

With my beloved mother Happy

DSC01087

DSC01088

DSC01065

DSC01066

DSC01067

DSC01068

DSC01076

Maklang’s Family

DSC01079

Maklang’s children . Cousin² yang terapat Winking

Lepas dah ronda² and bergambar bagai kat Fort Cornwallis tu , kami pon bertukar destinasi . Akhirnye masa yang ditunggu² oleh granny dah tiba . Makan time Happy

DSC01089

Ni la dye pasembor Penang yang diidam² opah . Hajat opah nak makan pasembor Penang dah tercapai Batting Eyelashes

Day 3

The last day in Penang . On the last day ni kitorang takde singgah mana² lagi kat Penang sebab nak singgah Taiping pulak . Lepas dah check out hotel , kami teruskan perjalanan ke Taiping sebab nak jumpa sedara mara yang ada kat Perak tu . Kami tak lama pon kat Taiping . Just sempat melawat 2 buah family je sebab terpaksa balik KL awal .


Saya ada ole - ole untuk awak Batting Eyelashes




Category: 2 comments