Review Movie : Magika + Shabu Shabu

Sunday, 26 September 2010, 07.19pm

Wayang again!! Big Grin

Semalam (25 September 2010) tengok wayang lagi. Padahal Sabtu lepas baru je pegi tengok wayang dgn Cik Mimie. Mentang² lah kat wayang ada banyak cerita best² sekarang ni, so wayang la keje aku. Hahaha Laughing
Assignment yang menggunung tinggi KLCC ta reti² pulak nak buat. Kalau bab² entertainment, laju je kau kan Khaty? *mengutuk diri sendiri* Hahahaha

magika

Semalam layan movie ni la kat wayang. Magika yang sangat² ditunggu oleh cik MimieChan. Jom kita review pasal movie ni.

Nasib baik filem Magika ni tak mengecewakan aku seperti mana yang aku rasa untuk movie Asam Garam yang aku tonton minggu lepas. Aku tabik giler dengan KRU sebab berjaya menghasilkan movie Magik ala² movie Alice in Wonderland.

Aku admit, sebelum² ni, aku kureng sikit dengan movie² yang dihasilkan KRU mcm Cicakman semua tu. Nak kata aku tak pena tengok movie² hasil karya KRU tak la, tp mcm aku cakap la, aku tgk² cam tu jela, tp serious aku tak minat. Ta layan langsung. Bagi aku cam merepek je Cicakman tu. Tapi bila tengok Magika, tetiba rasa tabik giler dgn dorang sebab berjaya hasilkan Magika.

Dan sebenarnye jugak, pada awalnye, aku agak menyampah tuk tengok filem Magika ni sebab ada nama Mawi terpampang kat poster Magika. T____T
Since Mawi dalam Akademi Fantasia lagi aku kureng minat dgn dia. Lakonan dia pon takdela bagus sangat bagi aku, tapi aku tak nak jadikan tu sebagai penghalang aku tuk tidak pergi menonton Magika.

Magika ialah sebuah filem yang menggabungkan hampir kebanyakkan mitos atau dongeng dalam komuniti Melayu seperti nenek kebayan, Mahsuri, orang minyak, Hang Tuah & puteri bunian, badang, etc. Sangat kreatif kan? Aku suka idea diorang dengan menampilkan watak² dogeng yang kita pernah dengar masa kecik² dulu. Happy

Yang palingggggg² aku suke sangat is part muzikal. Sumpah lagu² dalam Magika semuanye best². Kalau tak caye, try la dengar semua lagu² yang ada dalam Magika kat sini. Pasti korang akan percaye pas dah dgr. Winking

Pelakon² Magika

  • Diana danielle : ayu
  • Adik Shafimie : malik
  • Mawi : badang
  • Aznil : pak pandir
  • Raja azura : mak andeh
  • vanidah imran : mahsuri
  • norman hakim : awang
  • saiful apek, mazlan pet pet, azlee, iylia, hamdan : 5 hang bersaudara
  • ziana zain : nenek kebayan
  • syarifah aleeya : bawang merah
  • syarifah amani : bawang putih
  • adibah noor : mak kepada bawang merah & putih
  • nabil : orang minyak
  • m.nasir : penunggu tasik chini
  • ning baizura : puteri gunung ledang
  • marsha : puteri santubong
  • zaibo : pak belalang
  • adik haziq : belalang
  • sabri yunus : bendahara
  • KRU : tiga pokok bersaudara
  • ruiminah sidek : tok wan
  • datuk jalaluddin hassan : papa kepada malik & ayu
  • fauziah ahmad daud : mama kepada malik & ayu

*Sorry tak pasti apa nama pelakon kenit yang jadi pembantu nenek kebayan tu.

Thumbs up tuk semua yang terlibat dalam penghasilan Magika Happy


Khaty and Mimie

Sebelum tengok wayang, kami cuba² makanan tuk membuncitkan lagi perot yang sedia ke depan kat Shabu Shabu Laughing

Special nye kat Shabu Shabu ni is menyediakan makanan steamboat. Finally hajat aku tuk makan steamboat
tercapai jugak Winking
And special thanks to cik MimieChan sebab sudi tuk keluar jalan² cari pasal dgn saya lagi kat Times Square.

Nota Penulis :: Cik Mimie, awak ta bosan ke asyik keluar dengan saya je ?

Posting yang dijanjikan : Kereta bertukar wajah?

Sunday, 26 September 2010, 05.54pm

Tajuk nak WOW je kan kau ni Khaty? *Padahal tak de la WOW mana sangat pon. Saje nak buat gempak kat korang. Hahahaha Big Grin

DSC00396


Sudah berubah wajah waja ku ini ? Hahaha.
Tak nak cakap lebih² pasal ni. Nak tau berubah ke tidak kereta kesayangan ku ini, view la my previous posting
tekan².

Nota penulis :: Ayahnda, terima kasih banyak² ye sebab tunaikan impian anaknda mu yang banyak songeh ni. Hahahaha. Promise akan jaga kereta ni sebaik mungkin Winking


Category: 4 comments

Review Movie : Senario Asam Garam + Hang out bersama

Sunday, 19 September 2010, 11.57pm

Semalam (18 September 2010), setelah hampir berabad tak tgk wyg, aku ajak Mimie pegi Times Square sbb aku nak sgt² tgk movie Senario Asam Garam dgn 4 madu . Tapi hajat kesampaian tengok satu movie je iaitu movie Senario Asam Garam .

Pada mulanya aku memang agak berkobar² nak tengok cerita tu. Tak sabar² nak masuk panggung, beli makanan agak banyak konon² nak makan sambil gelak terbahak² la dalam pawagam, tapi semua tu bertukar sebab bagi aku cerita ni agak mengecewakan sikit la. Jom kita review sikit pasal cerita ni.

Filem ni adalah arahan prof Hatta Azad yang dah pon memasuki pawagam sejak Aidilfitri yang lalu. Ada beberapa pihak yang mengatakan jalan cerita filem ni macam ada persamaan dengan jalan cerita ‘Aman’ yang tidak jadi diterbitkan pada tahun lalu. Perkara ini diakui oleh Prof Hatta sendiri tapi beliau menafikan ianya adalah cerita yang sama.

Jika nak aku review kan pasal filem ni, aku sebenarnye sedikit hampa kerana ianya tidak la seperti yang aku harapkan pada mulanya. Ingat dapat la gelak berdekah² sambil sepak² seat org depan dalam panggung tapi sebaliknya pulak. Aku tak rasa kelakar pon. Ada la sikit² yang buatkan aku gelak. Tapi gelak tu pon cam gelak buat² je. Hadoyai .

Filem ini hanyalah berkisarkan tentang kepintaran seorang kanak² lelaki dan gajet² hebat ciptaanya. Tuk filem senario kali ni hanya menampilkan kemunculan Azlee dan Lan Pet Pet je. Difahamkan Wahid ada komitmen lain dengan pihak TV3.

‘Senario Asam Garam’ mengisahkan persaingan di antara Pak Adam (Azlee) dan Asam(Zaibo) dalam perniagaan mereka . Mereka juga bersaing tuk mendapatkan Cik Hawa(Julia Hana) yang mempunyai anak lelaki bernama Amin (Fimie Don) yang menjalankan perniagaan warung makan secara kecil² an dan dibantu oleh anak saudaranya iaitu Odah (Nadia Mustaffa) dan Yah (Adeline Tsen).

1d30013b6c6bf4f13_b

Pak Adam mempunyai perwatakan yang baik dan menjalankan perniagaan secara jujur dan ikhlas. Manakala Asam pula sebaliknya, suka mengambil kesempatan terhadap orang lain dan cuba mendapatkan apa yang dihajati secara paksaan.

*Itu jela serba sedikit yang dapat aku review kan tuk korang. Mungkin ada yang rasa filem ni best, kelakar nak mati tapi itu terpulang pada individu berkenaan . Apa yang aku review kan hanye berdasarkan jalan cerita filem tersebut dan juga pendapat aku sendiri.

DSC00353

Cik MimieChan yang sudi temankan saya pergi tgk wayang dan jalan² cari pasal kat Times Square. Terima kasih ye kamoo Big Grin

DSC00361

Sorry, no camera plsss. I pemalu la you! hahaha Tongue
Lps balik dari Times Square, kitorang makan Pizza kat Maluri.


*Smlm seharian jalan² naik teksi je . Maklumlah kereta takde. Kereta tgh
di-TRANSFORMASI-kan Big Grin
Sorry ye cik Mimie sbb terpaksa kuar jalan² naik transport awam. Khaty tau Mimie penat naik transport awam semua tu. Sorry Sad


Happy 4th month anniversary sayang. I lebiuuuuuuu Love Struck


Puasa ganti

Thursday, 16 September 2010, 08.20 pm


Salam semua Winking

Erkkkk . Alhamdulillah . Kenyang sudei Big Grin
Hari ni berjaya ganti puasa. Tapi ni semua gara² my mum la sebab dia yang asyik ajak suruh ganti puasa awal .

Mak cakap Kalau dah ganti puasa awal senang . Nanti takdela sibuk nak ganti bila masa dah tinggal hujung² .

Hahaha . Betul jugak kan ? Nanti takdela aku kelam kabut nak ganti . Macam tahun lepas punye puasa, bila dah hujung² baru aku nak ganti.Orang lain sibuk makan kat kolej , aku sibuk duk ganti puasa . Hahah . So better aku ganti puasa sebelum sesi kolej bermula . Nanti takdela penat sangat Big Grin


Kawan² , jom ganti puasa awal jom Batting Eyelashes


Tadi sebelum berbuka , teringin pulak nak makan Pizza so apa lagi bantai p order sampai 2 large pizza . 2 large pizza tuk dua orang makan , me and my mum . Laughing * Gila tak ?

DSC00318

Large crunchy thai seafood . Rasa boleh tahan la . Yang paling aku suka crunchy nye memang sangat crunchy . Makan ada bunyi weyh. HahahaLaughing

DSC00319

Ni paling fav . Sangat sedap . Large lava chicken supreme .
Baru je masuk mulut , aku dah hampir pengsan sebab memang wow rasanya .

DSC00332 copy

Gambar budak ni wajib ada sekali . Mestilah kena ada sebab budak ni la owner kepada blog yang tak seberapa ni . Big Grin



The best thing about me is you.. Love Struck



Category: 2 comments

Pertukaran wajah

Thursday, 16 September 2010, 01.05 pm

DSC00311 DSC00312 DSC00314 DSC00315 DSC00317

Agak² pe kaitannye dengan gambar² kereta tersebut ? Big Grin

Tu adalah gambar kereta kesayanganku .
Kenapa keadaan keretaku macam tu sekali ?

Adakah TRANSFORMASI akan berlaku pada kereta tu ?

Tunggu dan lihat posting seterusnye nanti , HAHAHA Laughing


Category: 0 comments

Posting suka suki jea . ngeee

Tuesday, 07 September 2010, 05.23 pm

I will never let you go

You are the only one for me,
No matter how many miles from me,
I know you’ll always be there for me,
I don’t want anyone else cause there’s no one better than you,
And no one can make me feel the way you does.

Each moment without you, time just goes to waste,
You are the only one who has ever touched my heart,
And it always be yours.

I know it could be some rains in our relationship,
But believe me, the clouds are gonna shine again,
I love you for no matter who you are,
And still loving you today till forever


We've been officially together for 3 months and 18 days Love Struck

Category: 4 comments

Saya sayang awak mimie =)

Sunday, 05 September 2010, 09.1o pm


Salam semua Winking

Maaf kerana menyepi agak lama kali ni . Niat di hati bukan ingin menyepi atau merajuk , cuma masa yang tidak mengizinkan yang membantutkan keinginan untuk bercerita di blog kesayangan

Huh , nak tau tak , sepanjang aku bergelar sbg seorang student , tak pernah aku rasa se-busy
ni . Kali ni baru aku rasa seolah² 24 jam sehari tu sebenarnye tak cukup . Boleh ke aku nak 30 jam sehari ?Laughing

kva_za_h2_prev_stress_450

Actually , minggu ni aku rasa stress sangat² . MINGGU STRESS . Tak tau la kenapa nak stress bagai² . Aku rasa mungkin aku stress fikir pasal projek² yang masih tak complete pastu due date tuk submit tak lama je lagi , dengan midterm nye lagi kena baca buku . Grr ,, banyaknye . And sepanjang minggu stress aku ni , aku rasa aku banyak buat salah dengan orang keliling aku . Aku mungkin dah terguriskan hati sapa² . Jadi aku dengan rasa rendah diri , nak minta maaf pada sesapa shj andai diri ini pernah menggurisi hati korang . Aku minta maaf sangat² . Aku tak berniat nak marah or tinggikan suara kat korang . Cik Khaty ni memang hot tempered sikit . Hope korang tak ambil hati ye . Lagipon raya nak dekat dah ni ,
kita 0-0 okay ? Big Grin

Dah² , tak nak la cerita pasal kesibukan aku tu sume . Kalo nak dijadikan cerita pasal tu , memang takkan habis² la sebab aku rasa aku takkan boleh lari dari kesibukan tu selagi aku masih bergelar seorang pelajar . Betul tak pelajar² sekalian ? miahaha

Sebenarnye aku nak bgtau semua orang ni yang aku dah 20 tahun . Yahooo ! Actually 29 August yang lepas genaplah umur aku 20 tahun . Tapi disebabkan kesibukan melanda , aku tak dapat nak buat post pasal tu . *Eh , busy nye kau cik Khaty!

l

Aku terharu sangat sebab masih ada yang ingat hari kejadian aku tu . Terima kasih daun keladi pada semua yang sudi wish kat Facebook, and hantar msg tepat jam 12am. Dan yang paling teruja dan happy, ada yang sudi sediakan hadiah. Buat susah² je korang. Pape pon terima kasih untuk semua tu Kiss

Btw , sorry gambar² hadiah tak dapat diupload sebab sebenarnye ambil gambar² hadiah tu semua guna kamera kawan , tapi sebabkan kesilapan teknikal sikit , gambar² hadiah tu dah terdelete.

Akhir kata , sebelum terlambat atau sebelum me busy dengan persediaan Hari Raya nanti , nak wish la kat korang semua
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN . Andai ada tersalah laku atau tersalah bicara harap dimaafkan ye .
Yang balik kampung tu hati² di jalan raya . Yang suka main mercun tu , ingatlah orang tersayang kerana mercun tu bahaya . Ngeh ngeh ngeh Big Grin

funtasticko-raya

Category: 6 comments