Sunday, 19 December 2010

Review Hantu Kak Limah Balik Rumah dan KLCC

Sunday, 19 December 2010, 06.46pm

Salam satu Malaysia pada semua . ngeee ~

Grrr . sakitnye bibir . Berdarah pulak . Bibirku kering . I need something . Seems like kena minum air banyak² ni . LOL
But its okay . Just a small matter je tu . Tak lama lagi mesti okay la tu kan . ngeee Winking

Jom kita move on dgn cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah . Ada apa la dengan cerita tu kan sampai aku nak sangaattt tengok filem tu kan . Best sangat ke kan ? Adehhh , sengal je pulak rasa ~
Tak kesah la apa² pon aku dah pon tengok citer tu last Friday kat KLCC . Jom kita review sikit pasal citer tu Happy

REVIEW

hantu_kak_limah

“Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.
Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya?
Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Kalau nak tahu jawapan , jemputlah ke pawagam yang berdekatan . Hahahaha
Okay , sejujurnya aku rasa filem HKLBR ni belum cukup lawak tuk buatkan aku gelak terbahak² dalam pawagam . Tapi bukannye maksud aku cerita ni tak best it just cerita ni belum cukup tuk buat aku gelak terbahak² . Tapi apa pon cerita ni best . Boleh la kalau you guys nak layan tuk hilangkan stress ke kan . Dalam cerita ni ada la beberapa part yang aku suka . Contohnye , adegan time orang² kampung lari sebab terserempak dengan hantu kak limah . Kenapa aku cakap adegan ni menarik sebabnye dalam adegan lari tu Mamat Khalid dah tambah camere angle yg amat menarik buatkan adegan tu nampak kelakar . Nak² lagi time pak uda lari . hahahaa .

Clicky Time

DSC01106 copy

Si kaki wayang jugak . Asal tengok wayang je , confirm akan pegi bersama MimieChan Cool

DSC01115 copy

Gambar sebelum masuk hall . Credit to Amira Najwa sebab sudi ambilkan gambar kami berdua .

2 comments: