Saturday, 4 December 2010

Aku + Kamoo + Mereka = Kami

Saturday, 04 December 2010, 09.02pm

Hati memberontak . Memberontak tuk dapatkan sedikit kebebasan ! I’m grown enough to have the freedom . But you guys can’t even understand me ! Urghhh , apakah ? hahaha . Abaikan . Hanya dunia repekanku .

Semamlam ke Midvalley tuk ‘Mengangkung’ . Hahahaha .
Hajat nak tengok filem Ngangkung tercapai jugak Winking
To me , cerita Ngangkung tersangat la best . Lawak sampai nak terkeluar usus perut . Kalau orang depan takde , dah lama rasanye kerusi depan jadi mangsa sepakanku . Miahahaha . Jom kita review sikit pasal filem Ngangkung ni Happy


REVIEW NGANGKUNG

Filem-Ngangkung

‘Ngangkung’ adalah filem yang mengisahkan tentang perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh . Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama , syiling lama dan sebagainya .

Di kalangan masyarakat Melayu , bermain nombor ekor sememangnya ditegah oleh agama namun , tidak dinafikan masih ada lagi yang gemar berjinak-jinak dalam kegiatan tersebut .

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.

Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.

Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.

Nak tau pengakhiran cerita ni ? Apa lagi , jemputlah ke pawagam yang berhampiran . Hahahaha

Clicky Time

DSC00956

DSC00969

Bersepah² bear yang besar² kat Midvalley . Maklumlah nak dekat Christmas la katakan . Hahaha

DSC00972

Modelkah saya ? Ouh tidak sama sekali . Hahaha . Thanks MimieChan for the best shot of me . Ngeh²

DSC00988

Kalau la ada bear besar dekat rumah kan best . Leh la bear tu jadi penyambut tetamu kat rumah . Hahahaha

DSC00992

MimieChan , Yati and Ijat Winking

DSC00994

KAMI . Thanks abang pengawal amikkan gambar ni . Hahaha

2 comments:

  1. oh, comel la gmbr tu bile edit
    :)
    nk jugak. x ajar pon..
    thanx temankan sy pergi jumpe kwn:)
    nnt kite pergi lagi ok!
    have fun with u.:)

    ReplyDelete
  2. nnt saya bagi eh gambar2 yg dah diedit. hehehe. nnt bila free sy ajar awk ye cam ne nak edit.
    have fun with u too.
    nnt kita pergi melaka pulak eh.
    sorry hari tu tak jadi :(

    ReplyDelete