Friday, 19 November 2010

Review 2 Alam. Mampukah Dr Rozmey kutip Rm 40juta?

 

Friday, 19 November 2010, 09.28pm

 

Salam Jumaat semua Winking

Errrr . Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki kat pawagam dek kesibukan semester akhir, akhirnye semalam (18 November 2010) berjaya jugak menjejakkan kaki kat pawagam . Midnight lagi tu u olssss Big Grin

Kali ni cerita yang dijadikan sasaran tuk ditonton ialah cerita
2 Alam . U olssss tau tak movie apa tu? Mulanye aku pon tak tau movie apa sebabnye aku rasa promosi tuk filem ni tak ‘WOW’ sgt pon . Ala movie arahan Dr Rozmey . Yg jus mate tu . Movie yang dicanang² bakal mendapatkan kutipan sebanyak RM 40 juta. Mampukah? Hahah . Entahlah . Tinggi sgt cite² tu rasanya Big Grin

Apa² pon tak kisah la . Itu hanye target si Dr Rozmey . Kita tunggu dan lihat je la sama ada berjaya capai ke tak target tu . Hahahah . Jom kita review skit tentang movie 40 juta ni . Big Grin

 

2 alam

 

Sinopsis 2 Alam

Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang mana masyarakat sibuk dengan persiapan bagi menyambut ketibaan jenazah Amy atau Adam  dari kota.  Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Uztaz Ishak, rakan Adam dari kecil sibuk mengatur urusan.  Jenazah yang tiba mengalami kesukaran untuk dikendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada.

Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya. Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Juan Agustin yang selamat melapokan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya mennukar jantina denagn cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan.

Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali kekampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishaq bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini, Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.

Comment dan kritikan

Okay . Pada pendapat aku la kan, filem ni pada awalnye filem yang berunsurkan pengajaran . Tapi, makin lama, jalan cerita ni macam makin terpesong . Bukan lagi filem yang berunsurkan pengajaran, tapi filem yang mungkin berunsurkan seks sebabnye banyak adegan² yang terlampau melibatkan aksi ranjang .

Teknik imbas semula (flash back) byk digunakan dalam filem ni menyebabkan penonton mungkin tak faham pada awalnye dan membuatkan penonton tertanya² macam mana dia jadi cam ni, cam ne leh jadi cam tu.

Tapi walauapa pon, filem ni ada jugak mesej² yang berunsurkan pengajaran yang dapat memberi kita pengajaran supaya tidak mengubah apa yang telah ditetapkan oleh Allah . Sentiasa berada di landasan yang diredhai Allah tu penting supaya akidah kita tidak terpesong tuk melakukan perkara² yang dilaknat Allah .

So pada kaki² wayang yang belum nengok filem ni, jemput² la ke pawagam . Hahahaha Batting Eyelashes

Clicky Time

DSC00856

Khaty (me) and MimieChan . Sementara tunggu 10.30pm tuk
filem 2 Alam

 

DSC00869

Hahaha . Muka ku yang tak boleh blah . Konon² nye tak tiru aksi muka poster kat belakang . Miahaha Laughing

 

DSC00872

Hahaha . Aksi sengal me . Credit to awak cik MimieChan Tongue 

DSC01460

Adesss , nak pilih mana satu ni u olssss . Yang kiri atau yang kanan? hahaha Laughing

 

Nota Penulis :: Mimie Chan dan family , terima kasih ye kerana sudi membantu saya dgn menyumbangkan pakaian² yang tidak digunakan lagi tuk warga² rumah Sinar Harapan. Winking

 

5 comments:

  1. akak, nak tanya nih. hehe

    akak tgk wyg dkt jusco srmbn 2 yep? :D

    ReplyDelete
  2. @ GKSB : harry potter sudah keluar. cepat2 la g tgk. hehehe :)

    @ hani : yup dear. kat jusco seremban 2. mana hani tau ni? heheheh :)

    ReplyDelete
  3. kak khaty : dkt gmbr sis tgh duduk kt kerusi tu, blkg tu green box kan? tu yg cam tu. hehehe :D

    ReplyDelete
  4. hehehe. betul2. tepat skali. belakang tu greenbox. jom next time tgk wyg sama2 kat jusco sbn 2 :)

    ReplyDelete