Wednesday, 24 November 2010

Internship oh internship

Wednesday, 24 November 2010, 07.50pm

Internship oh internship . Winking

Alhamdulillah … Setelah berpuluh² resume aku layangkan ke company² IT , akhirnya berjaya jugak dapat placement for my internship . Thz a lot to my friend sebab tolong rekemen kan tempat tuk internship ni . Kalau tak , mungkin sampai sekarang ni pon aku still layangkan resume ku itu . Finally semua hal berkaitan tempat tuk practical dah settle . Big Grin

1new

IT BaseSatu² nye company yang sudi terima ku untuk menjalani internship selama 4 bulan yang akan bermula 2 January 2011. Lokasi company ni agak jauh sebenarnye . Kat Semenyih . Jauh dari  rumahku . Tapi cam ne pon me dah buat keputusan tuk jadi salah sorang intern kat company tu . Kemungkinan untuk jangka masa 4 bulan yang akan datang , aku akan jadi penduduk Semenyih buat sementara waktu . Terpaksa la cari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat practical tu supaya dapat memudahkan aku tuk pergi balik kerja .
To kawan² yang sama tempat practical dengan ku ,
MimieChan , Teha and Ct Nurliza , hope kita akan buat yang terbaik sepanjang tempoh practical tu nanti ye Winking

hjdzul-photo

HJ DZULKARNAIN IDRIS
Master in Business Administration (MBA)
Universiti Utara Malaysia
Diploma Sains Komputer 
Universiti Institut Teknologi Mara
18 tahun pengalaman dalam bidang ICT 
bermula pada 1 September 1990 sehingga ke hari ini

Seperti yang dapat dilihat , gambar di atas ialah , Hj Dzulkarnain Idris , Pengarah urusan tuk It base / Bijak It dot com . Sudah pernah berjumpa dgn beliau semasa sesi temuduga pada 22 November 2010 yang lepas . Beliau ni la yang sangat baik hati sebab sudi terima me and kawan² tuk practical di company nye Winking


Thank you very much Hj … Happy

Sedikit info It Base / Bijak it dot com

IT-Base Semenyih adalah Pusat Latihan Komputer Belia di bawah pengurusan Syarikat Bijak IT Dot Com dengan kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ia merupakan sebuah syarikat perniagaan tunggal, 100% milik Bumiputera yang menjalankan perniagaan ICT di lokasi No. 15-1, Tingkat 1, Jalan Pasar Baru 2, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.

IT-Base Semenyih juga merupakan penyedia latihan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang menganjurkan kursus-kursus berkenaan dengan Pembangunan Modal Insan dalam bidang ICT, Pengurusan dan Pentadbiran, Motivasi, Pengurusan Projek ICT dan lain-lain berdasarkan permintaan.

Untuk info lebih lanjut tentang company It Base or kursus²  yang ditawarkan , korang boleh la mendarat kat sini Bijak It Dot Com.

1 comment:

  1. congratulations on the internship! hope it all goes well for you (: (: (:

    ReplyDelete