Sunday, 19 September 2010

Review Movie : Senario Asam Garam + Hang out bersama

Sunday, 19 September 2010, 11.57pm

Semalam (18 September 2010), setelah hampir berabad tak tgk wyg, aku ajak Mimie pegi Times Square sbb aku nak sgt² tgk movie Senario Asam Garam dgn 4 madu . Tapi hajat kesampaian tengok satu movie je iaitu movie Senario Asam Garam .

Pada mulanya aku memang agak berkobar² nak tengok cerita tu. Tak sabar² nak masuk panggung, beli makanan agak banyak konon² nak makan sambil gelak terbahak² la dalam pawagam, tapi semua tu bertukar sebab bagi aku cerita ni agak mengecewakan sikit la. Jom kita review sikit pasal cerita ni.

Filem ni adalah arahan prof Hatta Azad yang dah pon memasuki pawagam sejak Aidilfitri yang lalu. Ada beberapa pihak yang mengatakan jalan cerita filem ni macam ada persamaan dengan jalan cerita ‘Aman’ yang tidak jadi diterbitkan pada tahun lalu. Perkara ini diakui oleh Prof Hatta sendiri tapi beliau menafikan ianya adalah cerita yang sama.

Jika nak aku review kan pasal filem ni, aku sebenarnye sedikit hampa kerana ianya tidak la seperti yang aku harapkan pada mulanya. Ingat dapat la gelak berdekah² sambil sepak² seat org depan dalam panggung tapi sebaliknya pulak. Aku tak rasa kelakar pon. Ada la sikit² yang buatkan aku gelak. Tapi gelak tu pon cam gelak buat² je. Hadoyai .

Filem ini hanyalah berkisarkan tentang kepintaran seorang kanak² lelaki dan gajet² hebat ciptaanya. Tuk filem senario kali ni hanya menampilkan kemunculan Azlee dan Lan Pet Pet je. Difahamkan Wahid ada komitmen lain dengan pihak TV3.

‘Senario Asam Garam’ mengisahkan persaingan di antara Pak Adam (Azlee) dan Asam(Zaibo) dalam perniagaan mereka . Mereka juga bersaing tuk mendapatkan Cik Hawa(Julia Hana) yang mempunyai anak lelaki bernama Amin (Fimie Don) yang menjalankan perniagaan warung makan secara kecil² an dan dibantu oleh anak saudaranya iaitu Odah (Nadia Mustaffa) dan Yah (Adeline Tsen).

1d30013b6c6bf4f13_b

Pak Adam mempunyai perwatakan yang baik dan menjalankan perniagaan secara jujur dan ikhlas. Manakala Asam pula sebaliknya, suka mengambil kesempatan terhadap orang lain dan cuba mendapatkan apa yang dihajati secara paksaan.

*Itu jela serba sedikit yang dapat aku review kan tuk korang. Mungkin ada yang rasa filem ni best, kelakar nak mati tapi itu terpulang pada individu berkenaan . Apa yang aku review kan hanye berdasarkan jalan cerita filem tersebut dan juga pendapat aku sendiri.

DSC00353

Cik MimieChan yang sudi temankan saya pergi tgk wayang dan jalan² cari pasal kat Times Square. Terima kasih ye kamoo Big Grin

DSC00361

Sorry, no camera plsss. I pemalu la you! hahaha Tongue
Lps balik dari Times Square, kitorang makan Pizza kat Maluri.


*Smlm seharian jalan² naik teksi je . Maklumlah kereta takde. Kereta tgh
di-TRANSFORMASI-kan Big Grin
Sorry ye cik Mimie sbb terpaksa kuar jalan² naik transport awam. Khaty tau Mimie penat naik transport awam semua tu. Sorry Sad


Happy 4th month anniversary sayang. I lebiuuuuuuu Love Struck


0 comments:

Post a Comment