Sunday, 26 September 2010

Review Movie : Magika + Shabu Shabu

Sunday, 26 September 2010, 07.19pm

Wayang again!! Big Grin

Semalam (25 September 2010) tengok wayang lagi. Padahal Sabtu lepas baru je pegi tengok wayang dgn Cik Mimie. Mentang² lah kat wayang ada banyak cerita best² sekarang ni, so wayang la keje aku. Hahaha Laughing
Assignment yang menggunung tinggi KLCC ta reti² pulak nak buat. Kalau bab² entertainment, laju je kau kan Khaty? *mengutuk diri sendiri* Hahahaha

magika

Semalam layan movie ni la kat wayang. Magika yang sangat² ditunggu oleh cik MimieChan. Jom kita review pasal movie ni.

Nasib baik filem Magika ni tak mengecewakan aku seperti mana yang aku rasa untuk movie Asam Garam yang aku tonton minggu lepas. Aku tabik giler dengan KRU sebab berjaya menghasilkan movie Magik ala² movie Alice in Wonderland.

Aku admit, sebelum² ni, aku kureng sikit dengan movie² yang dihasilkan KRU mcm Cicakman semua tu. Nak kata aku tak pena tengok movie² hasil karya KRU tak la, tp mcm aku cakap la, aku tgk² cam tu jela, tp serious aku tak minat. Ta layan langsung. Bagi aku cam merepek je Cicakman tu. Tapi bila tengok Magika, tetiba rasa tabik giler dgn dorang sebab berjaya hasilkan Magika.

Dan sebenarnye jugak, pada awalnye, aku agak menyampah tuk tengok filem Magika ni sebab ada nama Mawi terpampang kat poster Magika. T____T
Since Mawi dalam Akademi Fantasia lagi aku kureng minat dgn dia. Lakonan dia pon takdela bagus sangat bagi aku, tapi aku tak nak jadikan tu sebagai penghalang aku tuk tidak pergi menonton Magika.

Magika ialah sebuah filem yang menggabungkan hampir kebanyakkan mitos atau dongeng dalam komuniti Melayu seperti nenek kebayan, Mahsuri, orang minyak, Hang Tuah & puteri bunian, badang, etc. Sangat kreatif kan? Aku suka idea diorang dengan menampilkan watak² dogeng yang kita pernah dengar masa kecik² dulu. Happy

Yang palingggggg² aku suke sangat is part muzikal. Sumpah lagu² dalam Magika semuanye best². Kalau tak caye, try la dengar semua lagu² yang ada dalam Magika kat sini. Pasti korang akan percaye pas dah dgr. Winking

Pelakon² Magika

  • Diana danielle : ayu
  • Adik Shafimie : malik
  • Mawi : badang
  • Aznil : pak pandir
  • Raja azura : mak andeh
  • vanidah imran : mahsuri
  • norman hakim : awang
  • saiful apek, mazlan pet pet, azlee, iylia, hamdan : 5 hang bersaudara
  • ziana zain : nenek kebayan
  • syarifah aleeya : bawang merah
  • syarifah amani : bawang putih
  • adibah noor : mak kepada bawang merah & putih
  • nabil : orang minyak
  • m.nasir : penunggu tasik chini
  • ning baizura : puteri gunung ledang
  • marsha : puteri santubong
  • zaibo : pak belalang
  • adik haziq : belalang
  • sabri yunus : bendahara
  • KRU : tiga pokok bersaudara
  • ruiminah sidek : tok wan
  • datuk jalaluddin hassan : papa kepada malik & ayu
  • fauziah ahmad daud : mama kepada malik & ayu

*Sorry tak pasti apa nama pelakon kenit yang jadi pembantu nenek kebayan tu.

Thumbs up tuk semua yang terlibat dalam penghasilan Magika Happy


Khaty and Mimie

Sebelum tengok wayang, kami cuba² makanan tuk membuncitkan lagi perot yang sedia ke depan kat Shabu Shabu Laughing

Special nye kat Shabu Shabu ni is menyediakan makanan steamboat. Finally hajat aku tuk makan steamboat
tercapai jugak Winking
And special thanks to cik MimieChan sebab sudi tuk keluar jalan² cari pasal dgn saya lagi kat Times Square.

Nota Penulis :: Cik Mimie, awak ta bosan ke asyik keluar dengan saya je ?

7 comments:

  1. ermmm...
    thanx for ur information...
    magika...ooo magika....

    ReplyDelete
  2. hati meluak luak nak tengok

    ReplyDelete
  3. woah, semua org asik ckp pasal citer magika.. harus tngok gak ni..hehe

    ReplyDelete
  4. wah ramai giler puji cerita ni..buatkan cik tom pun nak tengok..huhu..

    psst..samalah tak minat mawi..dan semua artis af..kui3

    ReplyDelete
  5. @ pinky : tau takpe. jalan2 kat blog kengkawan semuanye review pasl magika. tgk la. best :)

    @ cik tom : harus tgk sebab byk yg seronok. plg best part muzikal :)

    ReplyDelete