Wednesday, 11 August 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Wednesday, 11 August 2010, 09.15 pm


Alhamdulillah , syukur pada Allah SWT kerana aku masih lagi diberi peluang untuk menikmati dan menyambut bulan yang penuh mulia , bulan yang penuh berkah iaitu bulan Ramadhan .

Dikesempatan ini juga , aku ingin minta maaf andai ada salah silap yang dilakukan melalui perbuatan , tutur kata yang kasar dan menyinggung perasaan atau apa sahaja yang membuatkan ada sesetengah pihak terasa hati . Moga sepanjang bulan Ramadhan ni hati kita semua sentiasa bersih . Jangan ada perasangka buruk terhadap orang lain.

Alhamdulillah syukur kerana terlaksana jugak ibadah puasa di hari yang pertama . Rasa bemakna sangat . Sungguh tak percaya kerana aku langsung tak rasa penat / lapar / dahaga hari ni . Harap² sampai habis Ramadhan akan rasa mcm tu . Amin Winking

Marhaban_yaa_Ramadhan_by_adipati-1

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..."
(Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Bulan puasa ni banyak memberikan manfaat kepada sesiapa yang menunaikannye . Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur.

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Jadi marilah kita semua umat Islam melaksanakan ibadah puasa ni dengat hati yang ikhlas dan bersih. Moga setiap amal ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ni sentiasa mendapat berkah daripada Allah . InsyaAllah

6 comments:

  1. happy fasting!:)
    i love u

    ReplyDelete
  2. Selamat Berpuasa.. :)

    Tenaga dtg dr benda "BARU" tu.. Tq kerana die telah bg awk tenaga..

    ReplyDelete
  3. @ anonymous : happy fasting too =)
    i love u ?

    @ teha : heheh . mungkin jugak kot. tp serius tak rasa penat,lapar or dahaga cam selalu khaty rasa time pose ganti tu =)

    ReplyDelete
  4. hello


    just signed up and wanted to say hello while I read through the posts


    hopefully this is just what im looking for, looks like i have a lot to read.

    ReplyDelete