Sunday, 20 June 2010

Tembok Penjara Pudu Diroboh

Sunday, 20 June 2010, 09.16 pm


Hoh! Tembok Penjara Pudu diroboh . *Sedikit terkejut* . Dapat info ni pon masa jalan-jalan kat web Berita Harian. Mengikut sumber yang dapat dari web Berita Harian, tembok Penjara Pudu yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan tepat jam 10 malam esok.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat dan siap sepenuhnya pada 1895.

Perobohan tembok Penjara Pudu bertujuan untuk memulakan kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, kerja meroboh tembok akan dibuat pada waktu malam dan dijangka siap dalam masa tiga hari.

Projek yang menelan belanja RM59.5 juta itu akan menyediakan hubungan terus antara Taman Maluri dan Taman Shamelin Perkasa dan dapat memendekkan jarak perjalanan antara kedua-dua taman berkenaan.

pudu2

Bermula esok, tak dapat la kita tengok lagi tembok ni Sad
Ish, sadis pulak. HEHEHE. Bye2 kepada kamoo tembok.
*Ada perasaan ke tembok ni*
HAHAHA




Cbox makin meriah. Thx bloggers Kiss


5 comments:

  1. ye ke?? laaa..rindu la kat tembok ni..slalu nampak mase nak balik kampung.. :(

    ReplyDelete
  2. iye. tak tipu :)
    percayala.. ini bukan main2 :)

    ReplyDelete
  3. erm, mimie pown tau td kwn bg tau.
    dy ckp tmbok pjra pudu roboh wk2 malam coz ada banyak hantu.
    betul ker?

    ReplyDelete
  4. sbb hantu? yeker? nthlah mimiey kurang pasti pulak pasal tu.
    tp mungkin betul gak kot cz tempat yg terbiar lama cam tu mungkin berhantu tp yang pastinye tiada lagi tembok penjara pudu tu. sobsob T_T

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete