Sunday, 14 February 2010

Kasih Sayang Allah

Kenapa kita selalu beranggapan kasih sayang diantara manusia adalah sangat dalam dan sangat penting?? Tapi sudah menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan bercinta. Tapi ingatlah, walau sedalam mana kasih sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain, ianya tak dapat menandingi kasih sayang Allah Kepada hambaNYa.
Hakikat sebenarnya, Allah sangat kasihkan hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.

Sebagai contoh:

" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."

Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah mendahului dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. Begitu hebat sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita? Sama-sama lah kita renungkan dan fikir-fikirkan...


Sumber : Iluvislam


Ya Allah, betapa aku rasa nak nangis bila baca ni.. Sad
Serba sedikit artikel ni dapat sedarkan aku betapa seburuk mana pon seseorang hamba itu, Allah masih tetap sayang dan tidak pernah lupakan hambaNYA. Cuma kita sebagai hambaNYA sahaja yang sering melupakanNYA.


8 comments:

  1. sis,,
    entry niey buat sy rasa lebih tabah n kuat utk move on..
    :D

    ReplyDelete
  2. betul tu mimiey..
    artikel ni pon dah menyedarkan sis yang Allah sentiasa sayang dan tidak pernah lupakan hambaNYA.
    so kita ni sebagai hambaNYA kenala sentiasa ingt siapa pencipta kita..
    Jangan la sesekali kita lupakan ALLAH..
    :)

    ReplyDelete
  3. betul kak~
    stju ngan mimiey dongsaeng
    buat sya trsa lbih kuat,sbb sya tau Allah sntiasa ada dgn sya
    xkra wktu sya susah atau snang~
    ;)

    ReplyDelete
  4. betul hani..
    Allah memang sentiasa ada je ngn kita. sentiasa akan membantu kita dalam apa jua keadaan.. kita ni je yang kengkdang lupa t/jwb kita sebagai hambaNYA.

    ReplyDelete
  5. thanks entry iluvislam tu membuka sedikit minda sy untuk berfikir..

    ReplyDelete
  6. hehehe.. ur most welcome..
    marila kita berkongsi segala info yang ada :)

    ReplyDelete
  7. khatty, jom kite berkasih syg?
    hehe

    ReplyDelete
  8. mimieeeeeeee !!!!
    boleh saje..
    jom la kita berksh syg..
    HEHEHEH :)

    ReplyDelete