3 Ahli Tvxq Ceburi Bidang Lakonan


Dalam sibuk jari jemari menaip untuk mencari maklumat mengenai Solaris, tetiba terjumpa berita mengenai budak budak TVXQ ni. Wah tak sangka la 3 dari mereka akan menceburi bidang lakonan.. Tak sabar rasanya nak tengok .

Producer Tv dari Samhwa Networks telah mengumumkan bahawa Max, satu satunye ahli yang paling muda telah diberi peluang untuk memegang watak dalam cerita " Paradise Ranch".

Manakala U Know pula telah dipilih untuk berlakon dalam cerita “Heading to the Ground,” yang akan ditayangkan 9 September nanti. Sementara Jae Joong akan berlakon dalam cerita “Heaven’s Postman”.

P/S : Tak sabar nak tengok cerita cerita yang dilakonkan oleh dorang ni


Yasmin Ahmad Pengsan Ketika Bentang Kertas Kerja

Seawal jam 9 pagi, aku telah menelaah surat khabar Harian Metro yang telah aku beli sebelum ke kolej. Fyi, aku menelaah surat khabar tu dalam kelas Pengajian Malaysia. Tersangatlah berani kan perbuatan aku tu. Tapi what can I do, madam Im sorry because not concerntrate in your class. But honestly your class quite boring for me. *ish jahat.. jahat*

Bukan nak memperkotak katikkan kebolehan lecturer aku tu tapi bagi aku, subjek Pengajian Malaysia tu perlulah diajar oleh lecturer yang berpengalaman and perlulah banyak bercerita mengenai sejarah sejarah Malaysia ni supaya student student tak boring. Ni tak, kalo korang nak tau lecturer aku tu just baca sebijik sebijik ayat yang ade dalam buku teks kitorang tanpe bercerita or explain dengan lebih lanjut. Kalau setakat baca, serupa aku baca sendiri kat rumah and tak payah datang kelas dia pagi pagi buta. Dah la dua hari berturut turut kelas dia start pukul 8am. Aku yang berkongsi bilik mandi dengan kawan kawan seramai 7 orang perlu bangun seawal jam 63o am. Huwaaaa.. macam cerita sedih la pulak kan. Laughing
Tapi aku still appriciate la dapat lecturer macam tu sebab madam tu boleh dikategorikan dalam golongan golongan lecturer terbaik di dunia. Big Grin

Ok la lets back to my main topic. Actually posting ni aku nak bercerita mengenai Yasmin Ahmad. Mula mula aku dapat tahu, Im shocked! Tak sangka pengarah terkenal yang berusia 51 tahun ni diserang strok ketika membuat pembentangan kertas kerja pada mesyuarat yang membincangkan penghasilan program menerusi stesen televisyen TV3.



Yasmin Ahmad diserang strok sehingga menyebabkan pendarahan pada otaknya dan pembedahan terpaksa dilakukan bagi menghentikan lebih banyak pengaliran (darah). Walau bagaimanapun, pengarah filem itu kini stabil selepas menjalani pembedahan selama sejam lebih. *Alhamdulillah*

Dalam masa yang sama, ada juga suara suara sumbang yang telah menyebarkan berita mengenai kematian pengarah itu. ish jahat betul mulut mulut mereka di luar sana tu. Macam mengharapkan je kematian Yasmin Ahmad. Tak baik tau kita mendoakan kematian orang lain. Patutnye kita perlulah berdoa untuk kesejahteraan orang disekeliling kita ni. * Wah! berceramah pulak ye kau Khaty* Tongue

:: Aku harap pengarah yang amat berbakat tu akan sembuh tak lama lagi and dapatlah beliau menghasilkan lebih banyak movie movie yang menarik.. Amin ::

Im So Sick


Help!!! I need some help rite now! Sad
I feel like dying rite now cz Im having sneezing all the time.
And it makes my nose produced something that I really hate it.
Im sure u guys tau apa kan? Semestilah hingus! Crying
Not only that, my voice also changing.. Huwaaaa.. What should I do? Terkena H1N1 ke? Oh no! I dun think so.. Sad
Coz tiada tanda tanda virus H1N1 pada diriku. It just aku diserang selsema je. Menci!!! Menci!!! Huwaaaa!!! Sad
Lepas ni nak kurangkan bercakap la cz suaraku tidak seperti dulu. Suaraku tersangatla sengau sekarang ni..
So kepada kengkawanku, if lepas ni aku jarang bercakap jangan la tanya kenapa ok.. This is the reason..




Category: 2 comments

New Stationery

Yesterday I went to Endah Parade Sri Petaling with my mom because I suddenly felt nak beli new stationery and decided to throw all my old stationery
So this is all my new stationery.. New semester so new stationery la kan? Winking




1 & 2 : Mickey mouse notebook
3 : Stabilo pen *Tuk buat nota cantik cantik * Winking
4 : Pilot ball pen *My favourite pen since secondary school*
5 : Papermate liquid * Benda ni la yg susah aku nak beli sebab aku rasa pembaziran yg teramat kalao beli liquid* Laughing
6 : Faber Castle eraser * Sungguh best sebab sangat bersih bila dipadam*
7 : My new pencil case. Warna pink.. I love it Love Struck

Category: 2 comments

Siapa Bekas Pelajar AF5 Ditahan Positif Dadah?

Dalam aku sibuk meng 'gugel' pasal frekuensi telefon bimbit penyebab kanser, aku terjumpa la artikel mengenai bekas pelajar Af5 ditahan positif dadah. OMG! Macam tak percaya je. Pelajar yang didapati positif dadah ni dikatakan antara pelajar lelaki yang tersingkir di minggu minggu awal konsert.


Dalam serbuan pada pukul 8 pagi itu, bekas pelajar berusia 23 tahun itu didapati dalam keadaan khayal bersama tiga rakannya yang berusia awal 20-an. Menurut Pengarah AADK
Negeri Sembilan, Abdul Rahman Hamid berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat dan aduan orang awam. Hasil ujian air kencing yang dijalankan, mereka didapati positif dadah jenis Kanabis.

Bekas pelajar AF ini pada masa yang sama merupakan seorang pelakon dan turut ditahan bersama beliau adalah seorang penuntut IPTA di Bangi (UKM la kot) dan 2 orang lagi adalah penganggur.

Agak agak siapa er.. Aku dah penat meng 'gugel' tapi masih tak dapat cari siapakah bekas pelajar Af5 yang dimaksudkan tu. Kalo korang hebat and dah dapat cari jawapan, share la dengan aku yah. hehehe

Penggunaan Telefon Bimbit Penyebab Kanser

Malam semalam aku menerima panggilan dari seseorang yang istimewa dalam hidupku. Agak lama jugakla kami berborak menerusi telefon. Almaklumlah semalam birthday dia.. Dapat free call tu yang bergayut tak ingat dunia. Btw, sygss Happy belated birthday yah.. Walaupon semalam birthday si dia tapi kami masih tidak berjumpa kerana si dia sibuk dengan pepriksaan so mungkin lepas peperiksaannye tamat baru dapat jumpa and celebrate kot.

So back to my topic, masa tengah syok syok berborak dengan si dia, si dia tetiba bukak topik tentang penggunaan telefon bimbit penyebab kanser. Aku yang jarang meng 'gugel' tak percaya dengan fakta tersebut. Jadi si dia suruh aku meng 'gugel' kan diri. Thats why la bangun je dari tido aku terus meng 'gugel' pasal tu.
And memang ternyata fakta tu betul. Aku je yang ketinggalan zaman tak tau pasal tu.. Big Grin

Fakta buka auta

Dari segi perkembangan sistem telekomunikasi, teknologi telefon bimbit telah maju dengan pesat sejak awal 1990-an. Kini hampir semua individu, tidak kira tua atau muda, memiliki satu atau lebih telefon bimbit.
Bagaimanapun, dengan kesedaran kesihatan diri yang semakin meningkat, orang ramai mula menilai tentang kemungkinan wujud ancaman penyakit seperti kanser terhadap diri mereka akibat pendedahan terlalu lama terhadap gelombang frekuensi radio (RF) telefon bimbit dan menara pemancar telekomunikasi yang dipasang berhampiran kediaman penduduk setempat.

Kajian yang dijalankan di beberapa negara Eropah mengaitkan risiko ketumbuhan telinga dan otak dengan gelombang telefon bimbit.
Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah institut penyelidikan perubatan di Sweden dua tahun lalu mendapati wujud kemungkinan risiko tumor telinga empat kali ganda di kalangan orang yang menggunakan telefon selular lebih daripada sepuluh tahun.
Bagaimanapun, kajian ke atas 750 orang itu tidak konklusif. Begitu juga dengan satu lagi kajian lain mengenai RF yang dijalankan di Jerman.
Namun, ramai saintis di Eropah menyarankan kanak- kanak perlu dielakkan daripada menggunakan telefon bimbit kerana kesannya kepada kesihatan.

Gelombang RF

Para penyelidik sebelum ini mendapati gelombang daripada telefon bimbit dapat mengganggu sistem operasi peralatan elektronik terutama peralatan di hospital.
Ekoran penemuan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengambil inisiatif menyelidik kesan gelombang RF terhadap kesihatan manusia.
Selain telefon bimbit, gelombang RF turut hadir daripada penggunaan peralatan elektronik lain seperti televisyen, radio, komputer, komunikasi radar dan satelit.
Ini bermakna, setiap hari manusia bukan sahaja terdedah kepada gelombang tersebut daripada telefon bimbit tetapi juga daripada pelbagai jenis peralatan elektronik lain.
Ketua Jabatan Fizik Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Ng Kwan-Hoong menjelaskan, saintis dunia prihatin terhadap kebimbangan yang timbul daripada peningkatan mendadak penggunaan RF, khususnya di kalangan pengguna telefon bimbit.

p/s : So lepas ni kepada kamu kamu sekalian jangan la bergayutan lama lama ye.. Laughing
post signature


Category: 3 comments

Mayat Raja Pop Dibeku

michael-jackson(62)

Selepas tiga minggu Raja Pop kita yang disayangi pergi buat selama lamanya, mayat Michael Jackson dipercayai masih belum ditanam, sebaliknye dibekukan dalam ais bagi mengelak kuburnya digali semula jika diperlukan untuk melengkapkan siasatan polis.

Sumber berkata, mayat Michael disimpan dalam peti sejuk dalam ruang bawah tanah di Tanah Perkuburan Forest Lawn milik pengasas syarikat Motown, Berry Gordy.

Menurut sumber, keluarga Michael menunda pengebumian kerana menjangkakan penyiasat perlu memeriksa mayat berkenaan kerana ada kemungkinan Michael maut akibat perbuatan khianat.

Category: 5 comments

Karaoke again

DSC00442

Last Tuesday sebenarnya kelas untuk semester tiga telah bermula. Tapi disebabkan oleh ada sedikit masalah berkaitan hal subjek, kelas macam takde aje. Aku dan mereka mereka ini telah ke kolej untuk settlekan problem mengenai add/drop subjek. Kitorang terpaksa add subjek Visual Basic sebab dalam Cms student kitorang takde subjek itu. Ish every semester kitorang akan hadapi masalah ni. Cam nyampah je .
Tapi nasib baik la hal ni settle dengan cepat.

Lepas kitorang dah buat add/drop subjek, kitorang decided pegi lepaskan tension walaupon tak tension sebenarnya .
So macam biasala aktiviti kitorang ialah menyumbangkan suara dekat kotak merah Sogo atau dalam erti kata lain melatih vocal kat Red Box Sogo. hahaha Big Grin

Moment sebelum Karaoke

DSC00444

DSC00446

DSC00447

DSC00452

Macam biasalah kami kan gila kamera so inilah masanya kami semua berposing di depan lensa kamera. haha.. Sungguh tidak menahan kan? Laughing

Btw sori yah sebab gambar kami berkaraoke tiada sebab kami memberikan 100% tumpuan pada vokal kami. hahaha Tongue

Category: 4 comments

Happy Birthday Baby Vochelle



Happy Birthday gurlz. Hari ni genap la 19 tahun umur kawanku ini.. Kamoo sudah tua girl so lepas ni berkelakuan la macam orang dewasa ye
Bila la pulak masanya umur aku akan mencecah 19 tahun kan? Sabar Khaty tak lama lagi anda akan mencecah jugak umur 19 tahun tu. hahaha
Sempena birthday si dia ni, kami serumah planning buat party yang kecil kecilan sebagai tanda kenangan untuk si dia ni..

Party Time

DSC00420 DSC00421

Ini lah kek yang kitorang tempah untuk birthday girlz. Its a blueberry chocolate cake. Sungguh la sedap sebab ianye adalah kegemaran aku .
Dekat kek tu tertulis Saranghae Baby Vochelle. Lepas tu aku and Sarah decided nak beli juga cupcakes tu sebab ianya nampak cantek. Jadi kitorang pon belilah tujuh biji sebab kami ada tujuh orang. Cantik kan? Rasa sayang pulak nak makan. hahaha

DSC00427 DSC00430

Birthday bergambar dengan cupcakes yang sangat cantik. And excited untuk membuka hadiah yang telah dihadiahkan oleh Emma. Nak tau apa yang Emma bg? Teruskanlah membaca

DSC00432 DSC00433

Tadaaaa.. Inilah hadiah yang dihadiahkan oleh Emma.. Its a table lamp. Cantik kan setelah ianye dipasang?

DSC00434 DSC00436

Ni lah gambar si pemberi hadiah, Emma.. Aku pulak sibuk sibuk bergambar sekali.. Hahaha.. Btw rambutku sudah agak panjang and merimaskan aku. Adakah aku perlu potong? Suggestion please

Sekian sahaja.. Terima kasih kerana sudi membaca sampai akhir.

Bye bye

Category: 2 comments