Friday, 18 December 2009

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah diucapkan kepada semua umat Islam.


Sungguh tak disangka-sangka yang kita sebagai umat Islam dah pon masuk ke Tahun Hijrah yang baru iaitu tahun yang ke 1431 Hijrah .

Dalam sibuk-sibuk kita meraikan tahun baru Islam ni mesti ramai jugak yang sibuk senaraikan azam-azam baru kan ? Big Grin

Bagi aku tak salah dan ada kebaikannye untuk kita senaraikan azam baru kita supaya kita dapat buka lembaran kehidupan yang baru.

Walaupon dah masuk tahun baru tapi aku rasa aku masih lagi berada di tahun yang lama. Mungkin sebab masih ada lagi azam lama aku yang belum tercapai kot. Entahlah ! Tapi 2009 masih belum melabuhkan tirainye so aku still ada masa tuk capai azam-azam lama aku tu.. Winking

Tapi walau bagaimana pon, aku dapat rasakan sesuatu perubahan yang drastik dalam diri aku sekarang ni. Perubahan tu memang membawa kebaikan kepada aku. Syukur !

Aku akan terus melangkah dengan perubahan aku sekarang ni.
Doakan supaya perubahan aku tu berkekalan dan bukanlah setakat hangat-hangat tahi ayam smile_teeth

Sempena tahun baru ni, aku ingin nyatakan di sini bahawa Khaty yang dulu korang kenal tidak lagi sama seperti dulu. Khaty yang dikenali dengan sifat yang suka main-main tu tidak akan wujud lagi depan korang. Khaty yang baru ni akan menjadi lebih serius kerana dia sudah berazam ingin mencapai segala matlamat hidupnye yang selama ni diidam-idamkan. Khaty yang baru ni akan lebih menumpukan segala perhatiannye terhadap pelajaran.


STUDY! STUDY! STUDY UNTIL MY LAST BREATH !


From now on, NO MORE KARAOKE, NO MORE CINEMA, NO MORE HANGOUT ! *Boleh ke aku berbuat demikian?* Batting Eyelashes

Tapi tu tak bermakna la kalo korang ajak aku akan say NO. Aku masih lagi akan say YES kalo korang ajak tapi aku akan cuba kurangkan aktiviti-aktiviti tu. Aku tak nak buang masa yang begitu banyak lagi untuk aktiviti-aktiviti tu seperti mana yang aku dah buat untuk tahun-tahun sebelumnya. Memang amat merugikan aku. Serius rugi kalo difikirkan balik. Tapi aku tak pernah menyesal sebab dengan aktiviti-aktiviti tu la yang merapatkan lagi dan mencetuskan memori-memori indah bersama teman-temanku. Batting Eyelashes


Last but not least, again Salam Maal Hijrah from me for all Muslims


2 comments:

  1. yela tuh no more hangout...
    no more movie...
    yo2 jer..
    lagi2 no more karaoke...
    hahaha...

    ReplyDelete
  2. ha ha ha.. ko ni afiiq jgn la menjatuhkan azam aku tuh.
    aku akan cuba.. he he he.. juz see :)

    ReplyDelete