Tuesday, 8 December 2009

Review Film My Spy + Two New Novels

Hello Mellow . . .

Salam Isnin untuk semua ! ha ha ha *Ada ke salam Isnin? Big Grin

Hari Isnin ialah hari yang paling indah untuk aku pergi menonton wayang . . . Sebab apa ? Sebab Isnin merupakan hari pendahuluan untuk hari-hari berikutnye. ha ha ha.*Ayat nak shengal je*

Hari ni sebenarnye aku telah ke MidValley . Tujuan utama ialah untuk tengok wayang dan tujuan kedua of course la nak singgah MPh and beli novel ! Batting Eyelashes

Aku decided tuk tengok cerita My Spy arahan Afdlin Shauki . Gila best cerita ni . Tp tak tau la kalo ada yang kata ta best ke kan . Kalo korang nak tau sebarang cerita komedi je dah boleh buatkan aku berpuas hati gila dengan cerita tu. So kat sini nak promote la skit psl cerita My Spy ni.

REVIEW

My Spy

Pengarah : Afdlin Shauki

Syarikat Penerbit : KRU Studios Sdn. Bhd

Bahasa : Bahasa Melayu

Klasifikasi : PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun

Tarikh Tayangan : 03 Disember 2009

Durasi : 94 min

My Spy merupakan sebuah filem yang bergenre komedi arahan Afdlin Shauki . Antara pelakon yang menjayakan filem ni ialah seperti Ac Mizal dan Harun Salim Bachik yang merupakan pelakon utama dan juga pelakon yang amat dikenali dengan aksi lucu mereka . Pelakon – pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Adlin Aman Ramlie, Redzuan Hashim, Carmen Soo, Daphne Iking, Maria Farida dan ramai lagi.

Filem My Spy ini menceritakan kisah dua penyiasat peribadi iaitu AJ lakonan AC Mizal serta Salleh lakonan Harun Salim Bachik yang saling benci membenci dalam menyelesaikan sesuatu kes . AJ seorang muda yang aktif dan kuat tetapi buta warna manakala Salleh pula merupakan bekas polis yang telah bersara dan cuba menjual produk ciptaannya kepada polis. Mereka selalu di beri amaran oleh Supt. Adnan lakonan Adlin Aman Ramlie supaya tidak mencampuri urusan polis dan meminta mereka pergi bercuti di Pulau Langkawi.

Walaupun mereka AJ dan Salleh saling benci membenci tetapi sebagai penyiasat peribadi akhirnya mereka terpaksa bekerjasama untuk menyelesaikan satu kes besar yang membabitkan hal rumah tangga antara Datin lakonan Maria Farida dengan Datuk O lakonan Redzuan Hashim. Datin mahukan mereka mencari bukti yang menunjukkan Datuk O curang bagi mendapat harta yang lebih dalam proses menuntut harta Datuk O. Tanpa disedari mereka, Datuk O telah terbabit dalam satu kes besar yang membabitkan sindiket pencurian koleksi seni yang bernilai RM40 juta pada pamerannya di Galeria Seni di Pulau Langkawi dan mereka telah terbabit dalam hal yang tidak disangka mereka ini.

Bagi aku cerita ni bukan saja lawak tp aku kagum dengan teknologi yang digunakan untuk barang-barang penyiasatan dalam cerita ni. Contohnye beg dan kereta yang digunakan oleh Harun Salim Bachik . Bayangkan jela beg dan kereta boleh bercakap. Tak ke kita patut kagum kalo benda tu benar-benar wujud.

Ok la tak nak review banyak-banyak. Kalo nak tau selanjutnye , sila la ke pawagam yang berdekatan dengan anda Big Grin

*Berbaloi-baloi dengan My Spy* Winking

………………………………………………………………………….......................

After habis tengok wayang , aku pon pe lagi dengan ta sabarnye pergi terjah kat MPh lorh. ha ha ha .

Mata aku makin ligat mencari novel karya-karya Anis Ayuni . Akhirnye aku buat keputusan untuk membeli dua buah novel karya Anis Ayuni , Suara Hati dan Sungguh Aku Cinta .

DSC05474

Walaupon novel ni bukanlah novel terbaru Anis Ayuni , tapi seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ni , aku nak kumpul balik karya-karya Anis Ayuni yang pena hilang dari koleksi aku dulu. So sekarang ni koleksi aku dah bertambah dari sebuah ke tiga buah . Lepas ni akan jadi berbuah-buah ! ha ha ha Laughing

2 comments: