Monday, 24 August 2009

Aku Cinta Kamu

Aku cinta kamuI love youTiga patah perkataan sahaja tapi sekiranya diucapkan kepada seseorang kesannya sangat mendalam. Perkataan ini akan membuatkan seseorang itu tergamam, mencebik atau tersenyum bergantung kepada situasi orang tersebut. Jika dia memang sedang menanti ungkapan ini dia akan tersenyum. Jika dia cinta tapi tidak pernah terfikir untuk mendengar ungkapan ini dia akan tergamam. Jika dia benci dan meluat dengan kita dia akan mencebik.

Ada yang suka dan sering mengucapkan ungkapan ini. Seolah-olah ungkapan ini seperti hanya rutin harian baginya. Ada yang terlalu sukar mengucapkannya, terkelu lidah seolah-olah diletakkan gam apabila cuba mengucapkannya. Bagi mereka ungkapan ini terlalu mahal harganya. Dan apabila mereka mengucapkannya mereka akan komited pada maksud ungkapan ini.

Ada juga yang hanya suka mendengar ungkapan ini daripada kekasih tapi tidak pernah mencuba untuk mengatakan “Aku juga mencintai mu” atau “I love you too” kerana bagi mereka senyuman itu sahaja sudah cukup sebagai jawapan. Janganlah begitu…setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan balasan pada ucapan cinta mereka. Senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna. Maka ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta. Jangan tangguh lagi kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita.

Tapi bagi aku pula, walaupon hanya tiga patah perkataan tetapi tetap sukar untuk aku melafazkannye pada seseorang walaupon rasa cinta terhadap dia memang wujud dalam hati. Perasaan cintaku hanya tersemat dalam hati dan memang sukar untuk diluahkan. Tapi itu memang sudah menjadi caraku untuk terus mencintaimu.



6 comments:

  1. wahh... nice entri... LOVE is CINTA... ;)

    ReplyDelete
  2. hanya mencintai allah yang satu :)

    ReplyDelete
  3. dear..
    npe tbe2 ko cte ttg love ni?
    mst ade sbb right?
    tell me please?

    ReplyDelete
  4. to vochelle : kenapa er??sbb aku skunk ni tgh berada di awang2an..meaning to say is im in love kot.. hehehe

    ReplyDelete
  5. owh di lamun cnte eh..
    hikhik..
    menuju ke destinasi yeah2..
    puncak cinta trtnggi yeah2..
    hehe..
    ape kaitan..
    hikhik..
    aku hrp you dicide a gud choices k dear!!!

    ReplyDelete