Friday, 24 July 2009

Yasmin Ahmad Pengsan Ketika Bentang Kertas Kerja

Seawal jam 9 pagi, aku telah menelaah surat khabar Harian Metro yang telah aku beli sebelum ke kolej. Fyi, aku menelaah surat khabar tu dalam kelas Pengajian Malaysia. Tersangatlah berani kan perbuatan aku tu. Tapi what can I do, madam Im sorry because not concerntrate in your class. But honestly your class quite boring for me. *ish jahat.. jahat*

Bukan nak memperkotak katikkan kebolehan lecturer aku tu tapi bagi aku, subjek Pengajian Malaysia tu perlulah diajar oleh lecturer yang berpengalaman and perlulah banyak bercerita mengenai sejarah sejarah Malaysia ni supaya student student tak boring. Ni tak, kalo korang nak tau lecturer aku tu just baca sebijik sebijik ayat yang ade dalam buku teks kitorang tanpe bercerita or explain dengan lebih lanjut. Kalau setakat baca, serupa aku baca sendiri kat rumah and tak payah datang kelas dia pagi pagi buta. Dah la dua hari berturut turut kelas dia start pukul 8am. Aku yang berkongsi bilik mandi dengan kawan kawan seramai 7 orang perlu bangun seawal jam 63o am. Huwaaaa.. macam cerita sedih la pulak kan. Laughing
Tapi aku still appriciate la dapat lecturer macam tu sebab madam tu boleh dikategorikan dalam golongan golongan lecturer terbaik di dunia. Big Grin

Ok la lets back to my main topic. Actually posting ni aku nak bercerita mengenai Yasmin Ahmad. Mula mula aku dapat tahu, Im shocked! Tak sangka pengarah terkenal yang berusia 51 tahun ni diserang strok ketika membuat pembentangan kertas kerja pada mesyuarat yang membincangkan penghasilan program menerusi stesen televisyen TV3.



Yasmin Ahmad diserang strok sehingga menyebabkan pendarahan pada otaknya dan pembedahan terpaksa dilakukan bagi menghentikan lebih banyak pengaliran (darah). Walau bagaimanapun, pengarah filem itu kini stabil selepas menjalani pembedahan selama sejam lebih. *Alhamdulillah*

Dalam masa yang sama, ada juga suara suara sumbang yang telah menyebarkan berita mengenai kematian pengarah itu. ish jahat betul mulut mulut mereka di luar sana tu. Macam mengharapkan je kematian Yasmin Ahmad. Tak baik tau kita mendoakan kematian orang lain. Patutnye kita perlulah berdoa untuk kesejahteraan orang disekeliling kita ni. * Wah! berceramah pulak ye kau Khaty* Tongue

:: Aku harap pengarah yang amat berbakat tu akan sembuh tak lama lagi and dapatlah beliau menghasilkan lebih banyak movie movie yang menarik.. Amin ::

2 comments:

  1. Semoga beliau cepat sembuh.

    p/s: Kalau Encik Yahya atau Puan Alice ajar MPW1133, mesti tak bosan.

    ReplyDelete
  2. dah meninggal dah yasmin ahmad

    ReplyDelete