Sunday, 19 July 2009

Penggunaan Telefon Bimbit Penyebab Kanser

Malam semalam aku menerima panggilan dari seseorang yang istimewa dalam hidupku. Agak lama jugakla kami berborak menerusi telefon. Almaklumlah semalam birthday dia.. Dapat free call tu yang bergayut tak ingat dunia. Btw, sygss Happy belated birthday yah.. Walaupon semalam birthday si dia tapi kami masih tidak berjumpa kerana si dia sibuk dengan pepriksaan so mungkin lepas peperiksaannye tamat baru dapat jumpa and celebrate kot.

So back to my topic, masa tengah syok syok berborak dengan si dia, si dia tetiba bukak topik tentang penggunaan telefon bimbit penyebab kanser. Aku yang jarang meng 'gugel' tak percaya dengan fakta tersebut. Jadi si dia suruh aku meng 'gugel' kan diri. Thats why la bangun je dari tido aku terus meng 'gugel' pasal tu.
And memang ternyata fakta tu betul. Aku je yang ketinggalan zaman tak tau pasal tu.. Big Grin

Fakta buka auta

Dari segi perkembangan sistem telekomunikasi, teknologi telefon bimbit telah maju dengan pesat sejak awal 1990-an. Kini hampir semua individu, tidak kira tua atau muda, memiliki satu atau lebih telefon bimbit.
Bagaimanapun, dengan kesedaran kesihatan diri yang semakin meningkat, orang ramai mula menilai tentang kemungkinan wujud ancaman penyakit seperti kanser terhadap diri mereka akibat pendedahan terlalu lama terhadap gelombang frekuensi radio (RF) telefon bimbit dan menara pemancar telekomunikasi yang dipasang berhampiran kediaman penduduk setempat.

Kajian yang dijalankan di beberapa negara Eropah mengaitkan risiko ketumbuhan telinga dan otak dengan gelombang telefon bimbit.
Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah institut penyelidikan perubatan di Sweden dua tahun lalu mendapati wujud kemungkinan risiko tumor telinga empat kali ganda di kalangan orang yang menggunakan telefon selular lebih daripada sepuluh tahun.
Bagaimanapun, kajian ke atas 750 orang itu tidak konklusif. Begitu juga dengan satu lagi kajian lain mengenai RF yang dijalankan di Jerman.
Namun, ramai saintis di Eropah menyarankan kanak- kanak perlu dielakkan daripada menggunakan telefon bimbit kerana kesannya kepada kesihatan.

Gelombang RF

Para penyelidik sebelum ini mendapati gelombang daripada telefon bimbit dapat mengganggu sistem operasi peralatan elektronik terutama peralatan di hospital.
Ekoran penemuan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengambil inisiatif menyelidik kesan gelombang RF terhadap kesihatan manusia.
Selain telefon bimbit, gelombang RF turut hadir daripada penggunaan peralatan elektronik lain seperti televisyen, radio, komputer, komunikasi radar dan satelit.
Ini bermakna, setiap hari manusia bukan sahaja terdedah kepada gelombang tersebut daripada telefon bimbit tetapi juga daripada pelbagai jenis peralatan elektronik lain.
Ketua Jabatan Fizik Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Ng Kwan-Hoong menjelaskan, saintis dunia prihatin terhadap kebimbangan yang timbul daripada peningkatan mendadak penggunaan RF, khususnya di kalangan pengguna telefon bimbit.

p/s : So lepas ni kepada kamu kamu sekalian jangan la bergayutan lama lama ye.. Laughing
post signature


3 comments:

  1. pernah gak dgr ttg risiko penggunaan handphone ni... and bile khaty wat N3 ni dpt lah tau kesahihannya... anywy, thanx 4 sharing da info... ;)

    ReplyDelete
  2. khaty lagi kecian cz br je tau.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. tu la orang cakap tak caya dak tembam nie :d

    ReplyDelete