Sunday, 5 April 2009

Giliran Zizi dan Rubisa

452009_zizirubisa(a)

Kini tiba giliran Zizi dan Rubisa tersingkir dari Akademi Fantasia. Aku tidak terkejut dengan penyingkiran Rubisa tapi I was shocked when Ac Mizal announced that Zizi one of the student that eliminated from the concert. Why should Zizi?? Angry

Bagi aku persembahan Zizi merupakan persembahan yang paling best pada malam concert semalam. Apa yang dah terjadi?? Mana pengundi-pengundi Zizi?? Adakah disebabkan Zizi merupakan pelajar terakhir yang membuat persembahan menyebabkan pengundi-pengundi tidak mempunyai masa yang banyak untuk teruskan undian mereka?? Jika benar, ini sungguh tidak adil dan sepatutnya lagu tema Menuju Puncak itu tidak patut dilakukan pada permulaan concert. Persembahan tarian Menuju Puncak sepatutnya last sekali supaya pengundi-pengundi mempunyai masa yang lebih untuk mengundi pelajar yang membuat persembahan terakhir.

Zizi yang mempertaruhkan lagu Aku Dah Bosan dan Rubisa Tiada Lagi seolah-olah terkena 'badi' lagu yang mereka persembahkan walaupun masing-masing memberikan persembahan yang tidak kurang hebatnya. Malah Zizi membuat gimik persembahan dengan membonceng motosikal berkuasa besar.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria ini menampilkan kelainan menerusi tema persembahan di mana pelajar telah diberikan tugasan untuk membawakan lagu nyanyian Dato' Siti dan Amy Search.
Sebagai kelainan, kesemua pelajar lelaki tampil membawakan lagu Dato Siti, manakala pelajar perempuan pula mendendangkan lagu Amy.
Dengan penyingkiran Zizi dan Rubisa itu, bermakna tinggal 9 lagi pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7.

Tugasan untuk konsert ke-4

HAFIZ – Cinta Ini
ZIZI – Aku Dah Bosan
CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major
AKIM – Destinasi Cinta
ISMA – Kerja Gila
AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur
RUBISA – Tiada Lagi
QHAUD – Di Taman Teman
ARIL – Lakaran Kehidupan
SIDI – Ku Milikmu
YAZID – Aku Cinta Padamu

3 comments:

  1. yeah!!
    mmg xptt pun zizi kluar..
    persembahan die best mlm tu..

    teha pun xstuju lgu menuju puncak awal konsert..
    not fair 4 student yg wat persembahan last mcm zizi..
    tupptuuppp die yg kuar..

    ReplyDelete
  2. orang dapat tao, yang hafiz tu budak ptpl sabah.
    kena sokong ni :D hahaha

    ReplyDelete
  3. congratulation Hafiz from Hilton Kuching and PTPL kolej

    ReplyDelete