Sunday, 19 April 2009

Giliran Qhaud

qhaudsingkir(a)

Seperti yang aku jangkakan Qhaud merupakan pelajar yang akan tersingkir pada malam konsert semalam selepas melihat undian terkini pelajar-pelajar.

Nasib tidak menyebelahi kepada Qhaud atau Mohd Qhauhd Abdul Rashid apabila dia menjadi pelajar yang tersingkir dalam konsert minggu ke-6.

Pada malam penyingkiran, Qhaud telah menyanyikan lagu Seruan bersama kumpulan Lethanded. Persembahan Qhaud pada malam itu menerima kritikan yang agak positif dari pengkritik-pengkritik tetap tetapi itu sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan kedudukan Qhaud di dalam Akademi Fantasia jika peminat-peminatnye diluar sana tidak melakukan tanggungjawab mereka.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria sekali lagi menampilkan kelainan dimana pelajar-pelajar telah diberi tugasan untuk menyanyikan lagu-lagu dari kumpulan Estranged, Lefthanded dan Cokelat[Band dari Indonesia].
Kesemua pelajar pada kali ini turut membuat persembahan dengan iringan band muzik itu sendiri. Mereka turut diuji cara berkomunikasi dengan penonton.

Dengan penyingkiran Qhaud itu, bermakna tinggal 7 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas malam tadi adalah Adlin Aman Ramlie, Edrie Hashim serta Dato' Khadijah Ibrahim.

Lagu Tugasan minggu Keenam

PELAJAR LELAKI
HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)
QHAUD - Seruan (Lefthanded)
AKIM - Aurora (Estranged)
ARIL - Yang Pernah (Estranged)

PELAJAR WANITA
CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)
ISMA – Salah (Cokelat)

LAGU BONUS
I Want To Break Free (Queen)
What I've Done (Linkin Park)

1 comment:

  1. teha pun expect Qhaud akan tersingkir... xde rezeki die!!
    bile tgk konsert2 b4 ni, Qhaud ni klakar kan masa die nyanyi...hehehe

    ReplyDelete