Sunday, 29 March 2009

Rini & Obri Tersingkir

3282009_obrinisingkir(a)

Ternyata nasib tidak menyebelahi dua pelajar iaitu Rini dan Obri apabila kedua-duanya tersingkir dalam konsert minggu ketiga Akademi Fantasia 7 (AF7), di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Obri atau nama sebenarnya Ahmad Sobri Bin Hasmuni, 24, berasal dari Johor Bahru, Johor manakala Zufazrini Zulkifli (Rini), 25, pula anak kelahiran Kajang, Selangor merupakan pelajar yang tersingkir pada minggu ketiga kerana menerima jumlah undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) paling corot daripada penonton program paling popular itu.

Obri menyanyikan lagu Abang Beca nyanyian asal Mendiang Broery Marantika dan Rini pula mendendangkan lagu Seloka Cinta Remaja dendangan asal Allahyarham Seha - Freedom.

Dengan penyingkiran Rini dan Obri itu, bermakna 11 lagi pelajar akan meneruskan perjuangan meraih gelaran juara AF7.

Menuju Puncak

Well apa yang aku suka and ingat sampai sekarang pada konsert minggu ketiga ialah persembahan menuju puncak secara acapella was the best in all of the season of Akademi Fantasia. Control suara pelajar dan gerak tari yang sangat bagus.
Tahniah kepada Cikgu Aris kerana telah bertungkus lumus mengajar pelajar-pelajar menyanyikan dan menari dengan bagus untuk lagu yang menjadi tiang Akademi Fantasia. Tahniah juga kepada cikgu Siti Hajar and Cikgu Shafi dan cikgu-cikgu lain.

Lagu Tugasan Minggu Ketiga Akadema Fantasia 7

PELAJAR WANITA

CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)
RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)
ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
RINI - Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)

PELAJAR LELAKI

HAFIZ - Mat Disko (Sudirman)
AKIM - Anak Gembala (Sudirman)
YAZID - Pawana (Search)
QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
SIDI - Hanya di Radio (Headwind)

3 comments:

  1. yes..suke sgt obri and rini tersingkir..
    mmg layak pun dieorg tersingkir..
    then lg sorg aril sepatutnye tsingkir..

    ReplyDelete
  2. yah u rite teha..
    aril tak sepatutnya tercalon untuk af!

    ReplyDelete
  3. yup..btul2..
    die xlayak msuk AF pun..
    lebih layak AB tu..
    suara ok da ARIL!!

    ReplyDelete