Sunday, 1 March 2009

Rasukan Ablasa



Last Thursday[26 February],Me and my friend Sarah went to Times Square.Im sure u all know why we went there rite??Yah!we went there for midnight movie..Jumaat no class so boleh la kitorang ber "midninght" kat sana.hahaha..Actually Sarah je takde kelas hari Jumaat tu..I've got one class..Class Mr.Elmy..But seem its juz one class je on that Friday so I decided ponteng satu hari..hehehe..Jgn marah er Mr.Elmy..Actually on that Thursday,we want to go straight after finished our class but seem its raining at the time so kitorang tunggu sampai hujan reda..Sementara tunggu hujan berhenti,kitorang mandi dulu..Ingatkan tak nak mandi tapi bek mandi dulu..Nanti takdela berbau satu pawagam tu.heheh..
Kitorang sampai kat Times Square tu around 5 something if not mistaken.
Then straight went to the cinema..Well as usual bila dah sampai kat cinema tu,satu problem akan wujud.Wanna know whats the problem??Of course la problem tuk choose what movie yang kitorang nak tengok.But lastly we choose Rasukan Ablasa seems at that time cerita ni yang paling latest.


Review

Filem Rasukan Ablasa ini merupakan sebuah filem di bawah genre seram. Filem ini pada awalnya hanya berjudul Ablasa yang mengikut kata Prof dan Azhari Zain bermaksud 'The Broken Spirit' atau juga 'The root of evil' namun ditambahkan perkataan rasukan di hadapannya supaya tajuknya lebih dekat dengan idea filem iaitu yang mempunyai unsur-unsur 'kerasukan'.

Filem ini telah mengetengahkan bakat-bakat baru iaitu Gambit, Almi Nadia, Hafiz, Fauziah Ghouse dan beberapa orang yang lain yang pada waktu itu merupakan pelakon-pelakon di bawah pengurusan LineClear itu sendiri (kecuali Gambit).

Filem ini bermula dengan prolog seorang penyembah syaitan bernama Omar yang tinggal di Bukit Gemuruh telah membunuh isterinya yang sedang berlaku curang bersama seorang lelaki. Sebelum Melati dibunuh, Melati sempat memberitahu penonton bahawa suaminya ( Omar) adalah seorang penyembah Iblis. Dari setting, prop dan kostum penonton dapat mengagak bahawa masa tragedi itu berlaku adalah puluhan tahun yang lampau. ( non-diegetic teks turut memberitahu penonton bahawa ianya berlaku pada tahun 1957)

Kemudian naratif diteruskan secara non-linear iaitu Ashraf ( Gambit) sedang ditemuramah oleh seorang wartawan atas kejayaannya di dalam pertandingan muzik 'Voice Of Nature' namun Gambit yang kelihatan tidak berminat dengan kejayaannya itu memberitahu bahawa keputusannya menyertai pertandingan tersebut adalah permulaan tragedi ngeri dan malapetaka yang menimpa rakan-rakannya.

Ashraff kemudiannya bertukar menjadi agresif dengan menghempas perakam suara milik wartawan tersebut sebaik sahaja wartawan tersebut terus mengajukan pertanyaan demi pertanyaan tentang bunyi yang telah dihasilkannya

Kerana reaksi agresif Ashraf terhadap pertanyaan wartawan tersebut akhirnya bermulalah siri imbas kembali (flash back ) terhadap apa yang berlaku terhadap kawan-kawannya dan bagaimana mereka boleh dikurung di wad gila.

My comment about this movie

Filem yang seharusnya seram ini langsung tidak seram.Hantu dalam citer ni tak seram langsung besides kelakar adela sebab hantunye memang kelakar gila vavih dengan effect 'glow in the dark' berwarna hijau.Hahaha..
Secara peribadi aku berpendapat filem-filem seram tidak perlu dipenuhi dengan pekikan dan jeritan. Kadangkala sunyi dan sepi itu lebih seram dari suara jeritan ketakutan.
Filem ini berakhir dengan pengakhiran klise dan stereotaip di mana pengarah akan memberi ruang untuk sekuel filem iaitu ancaman Ablasa ini tidak tamat disitu apabila rakan sekerja Ashraf menjumpai cd yang mengandungi bunyi 'Ablasa' tersebut yang terjatuh sewaktu Ashraf cuba membuang cd-cd tersebut.

Conclusion,bagi sape-sape yang mahukan filem-filem seram yang sama tarafnya dengan filem-filem Jepun dan Korea, mungkin anda harus rendahkan sedikit citarasa anda tuk filem ni.




13 comments:

  1. ala..tgk pn dh thu x best cte ni..huhu..jepun n korea nye cite lg seram best wooo..hehe


    wah bdk kaca mata la hehehe
    sis lawa sgt..

    ReplyDelete
  2. dah agak cerita ni mesti tak best punye.

    ReplyDelete
  3. Lorh..ponteng class mr.els..
    sedey mr.els coz profesor xdtg..
    hehehhee..
    btw,smpat lg g tgk wayang..
    padahal ptg tu g karaoke..
    khaty!! khaty!!

    ReplyDelete
  4. yeah!!
    filem korea mmg best!!
    haha...
    hani baru je tgk upin ngan ipin..
    best la!!
    hehe....shumel sungguh upin ngan ipin tu kan kak khaty??

    ReplyDelete
  5. muahahaa....
    nape la xtgk director dier dulu..??
    aku arituh ingat nak tgk...
    then nampak name director..
    terus kensel...
    sumpah director cam ape...
    aku xrespek dier even dier melayu...
    lalalala...
    banyak duit tp buat kualiti rendah punya movie...
    huh~~~~

    ReplyDelete
  6. Rockingurlz & hani : yup cte korea and jepun lg best..
    upin n ipin memang best hani :)

    si rakan pena & inciktaktaopape : tula cam agak menyesal plak tgk cte ni..
    psl director tu tak terpikir plak nk tgk spe yg direct..
    kalo tau mesti tak nak tengok.

    diomand : ala skali skala je teha..
    hehehe..lgpon kls kita tu kan dah ade professor baru..
    so professor lama nak berehat jap.hehehe

    ReplyDelete
  7. owh.. erk??
    sape professor bru tu??
    munir ker??
    layak ker die nk ganti professor yg sedia ade nie??
    hahahahhaaha

    ReplyDelete
  8. diomand : yeah!tepat skali..
    munir la jwpn nye..
    hehehe

    ReplyDelete
  9. Kalau dah Prof. yang tu mengarah. Cerita cam lord of the ring pun tak boleh jual. Pelik betul la. Lagi banyak mengarah patut lagi terer. Ini mengarah cam budak sekolah buat drama kelab bahasa melayu. Kalau setakat nak kejar untung mudah lagi baik jual char kuey teow. Bila citer dia tak laku, mula kata org tak minat tengok cerita melayu. Hai la prof. cerita mmg tak leh jual. Orang tengok pun sebab rasa nak support produk malaysia. Pikir je la..

    ReplyDelete
  10. yeah betul tu..
    i agree 100% with u...
    pttnye dah byk mengarah kualiti filem tu akan bertambah bagusla..
    tp hampeh..

    ReplyDelete
  11. THAILAND LAGI SERAM... TAPI SOMETIME BEST JUGAK.. CERITA JEPON AND KOREA..
    BERSEPAH KAT UMAH...

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete