Sunday, 11 January 2009

Takziah Buat Nubhan

Salam.Salam.Salam.

Dengan kesibukan aku sekarang ni,aku jarang online.Bila dah jarang online,jarang jugak la aku dapat tau apa-apa info semasa yang berlaku.Jadi aku amat terkejut dengan berita pemergian ayahanda Nubhan.Sebenarnya berita ni dah lama tp disebabkan aku baru tau,so kira berita ni berita baru la buat aku.

Takziah buat Nubhan atas pemergian ayahandanye pada malam 8 Januari lalu akibat sakit jantung selepas pengsan ketika menghadiri satu majlis kenduri jirannya.
Ketika menerima berita kematian itu,Nubhan berada di Kl.Sejurus mendapat tahu mengenai berita kematian ayahandanye,Nubhan bergegas pulang ke kampung dan membatalkan semau aktivitinya selama seminggu.
Bagi Nubhan,bapanya itu Ahamad Abd.Rahman,68 merupakan seorang ayah yang sangat suka memberi nasihat.Dia juga seorang yang penyabar dan suka bergurau.
Bapanya itu meninggal dunia di Hospital Senawang,Negeri Sembilan selepas tiba-tiba pengsan ketika menghadiri kenduri bersama ibunya,Badariah Omar,63.

*Kepada semua Nubies dan sesiapa sahaja yang membaca,marilah sama-sama kita sedekahkan bacaan al-Fatihah kepada Allahyarham Ahamad Abd.Rahman.Semoga rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.Al-Fatihah.*

*Kepada Nubhan,Semoga tabah menghadapi ujian yang diberikan Allah ni.Ahli-ahli Nubies akan sentiasa menyokong Nubhan*

*Nubhan membacakan surah Yassin untuk arwah bapanya*

*Nubhan membawa jenazah bapanya untuk dikebumikan*

0 comments:

Post a Comment