Thursday, 18 December 2008

Tips Cari Pasangan Terbaik

Sebelum hubungan cinta pergi lebih jauh,kaum hawa harus renungkan beberapa perkara.Well sebagai perempuan,kita juga harus tetapkan ciri-ciri tertentu dalam mencari pasangan terbaik.Renungkanlah perkara berikut jika ada sesuatu yang boleh diteladani.

Elakkan daripada memilih lelaki yang berciri-ciri seperti di bawah ni.


  • Dia asyik merenung dada atau punggung anda lebih daripada 10 kali setiap 10 minit.
  • Anda perasan biji matanya macam hendak terjojol keluar apabila melihat semua wanita cantik, manis atau seksi.Tidak keterlaluan jika dikatakan dia memang seorang yang menyakitkan dan tidak tahu menjaga perasaan.
  • Tangannya mula miang-miang mahu pegang tangan dan pinggang anda walaupon baru satu jam anda berkenalan.
  • Dia langsung tidak beri peluang anda bercerita mengenai diri anda ataupun keluarga kerana dia rasa cerita mengenai keluarganya lebih menarik dan penting.
  • Apabila bercakap,kata-katanya umpama tin kosong kononya bapanya saudagar minyaklah apa lah tapi bila bil makan sampai, dia buat tak tahu saja. Anda juga yang terkorek-korek mencari duit dalam tas tangan.
  • Dia kata dia impikan seorang isteri yang taat setia dan rela menjadi suri rumah sepenuh masa.Tetapi daripada apa yang anda faham dia sebenarnya mahu mencari tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, tukang gosok, tukang picit atau tukang sental, pendek kata semuanya tukang yang hebat.

Wahai kaum-kaum wanita,masihkah anda menyimpan hati pada lelaki sedemikian?
Tidak salah sekiranya anda bertindak awal meningglkannya tanpa ucapan.

3 comments:

  1. sis!
    kalau lelaki camni,hani sekeh pala dia dulu and then tinggalkan je...
    kih kih

    ReplyDelete