Wednesday, 31 December 2008

Goodbye 2008,Welcome 2009

Lagi beberapa jam kita semua akan meninggalkan tahun 2008 yang amat bermakna.Walaupon bagi aku tahun 2008 banyak kenangan manis dan terlalu sukar untuk aku melupakan tahun 2008,tapi aku perlu terima hakikat yang tahun 2008 akan berlalu dan tahun 2009 akan muncul dalam beberapa jam sahaja lagi..Dan semua kenangan manis dalam tahun 2008 tu akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup aku.Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2009.Cepat rasanya masa tu berlalu.Tetiba pulak hati rasa sayu bila teringat zaman persekolahan dulu-dulu.Rindu sangat-sangat dekat kawan-kawan lama.

Bila dah nak masuk Tahun Baru ni ramai la pulak yang sibuk menyenaraikan azam-azam mereka.
Aku jugak tak ketinggalan untuk berbuat sedemikian.heheh..Aku pasti semua orang pasti ada azam baru kan?Yela azam baru ni bagi aku agak penting jugak la sebab dengan adanye azam baru ni akan menjadikan kita insan yang lebih sempurna di masa akan datang.Tapi korang janganlah sekadar menyenaraikan je azam-azam korang tu.Korang kenala melaksanakan azam korang tu supaya apa yang korang azamkan tu akan tercapai.Barulah kita akan menjadi seorang insan yang lebih sempurna.Betul tak?

Sebelum tahun 2008 ni berakhir,aku nak ambil kesempatan ni nak mohon maaf pada sesiapa sahaja kalau aku pernah menyinggung perasaan korang ataupon terkasar bahasa.Aku hanya insan biasa yang pastinya tak akan terlepas dari membuat kesilapan.So aku harap korang maafkanlah aku ye.Dan aku jugak dah maafkan sesiapa sahaja yang pernah buat aku terluka atau apa sahaja.Bak kata Us Dr Fadhilah Kamsah "Kita patut memaafkan semua orang sebelum tido.Insyaallah hidup kita akan lebih tenteram dan bahagia".

Aku jugak nak berterima kasih pada insan-insan yang telah menolong aku sepanjang tahun 2008.Tak kira la apa jenis pertolongan yang korang dah berikan kat aku tapi yang pastinya aku ucapkan ribuan terima kasih kat korang.Jasa korang tu takkan aku lupakan.And dikesempatan ini jugak aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada seorang sahabat aku yang sangat istimewa yang telah berjaya mengubah cara hidup aku supaya lebih bermakna.Aku amat hargai jasa dia.Kerana dia hidup aku lebih bermakna.Thz Sarah kerana mendoakan perubahan aku.Dan kini aku dah mula berubah dan hidup aku lebih bermakna.

And kepada adik-adik yang akan kembali ke alam persekolahan tak lama lagi,akak nak ucapkan selamat ke sekolah!heheh.Ingat belajar rajin-rajin ye.Jangan main-main.Kepada yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti PMR and SPM tu ingat belajar rajin-rajin ye.Gud luck tuk korang semua.Aja-aja hwaiting!

Azam 2009
  • Akan berusaha belajar lebih bersungguh-sungguh supaya dapat result yang membanggakan.
  • Berazam untuk tidak bercakap kasar dengan ibu bapa.*Kadang-kadang bila dah bengang sangat aku pernah la jugak tertinggikan suara.Tapi bukan selalu.Korang jangan salah faham pulak ye.Rasa bersalah pulak*
  • Nak kurangkan perbelanjaan.*Kalo korang nak tau aku ni agak boros.Suka sangat shopping.*
  • Berazam untuk meningkatkan lagi Iman aku.*Mudah-mudahan tercapai*

2 comments:

  1. Hope azam khaty tercapai!!
    btw khaty tertinggal stu lg azam..

    ~Harap kte dpt stu class smpai sem 6..hehehehehehehe

    ReplyDelete
  2. ye tak ye jugak er.
    lupa lak azam tu.
    mudah-mudahan kita satu kelas la :)

    ReplyDelete