Assalamualaikum dan hai semua orang.
Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat sekarang ni. Syukur kepada Allah SWT kerana telah mendengar doa² I selama ni. I bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan peluang untuk merasa nikmat yang tidak pernah I rasa sebelum ni. Honestly, I tak pernah rasa pencapaian akademik yang sangat membanggakan seperti sekarang ni. I'm proud of myself ^______^
Ayah belikan jam tangan ni sebagai hadiah kerana I lulus dengan cemerlang untuk semester 1 program ijazah di UNIKL MIIT dan jugak sebagai pembakar semangat supaya I lebih cemerlang di masa akan datang.
Thank you ayah untuk jam tangan ni. I ♥ you dad!
Lepas ni I akan berusaha dengan lebih gigih lagi supaya keputusan I akan lebih cemerlang untuk setiap semester. Semoga Allah permudahkan cara dan berkati setiap ilmu yang I pelajari dan peroleh. Mak, ayah, InsyaAllah, I won't let you down. Believe in me.